Friday, October 30, 2015

our first PROGRAME.

Assalamualaikum semua. Hyeee.. lama glerrzz tak updated blog ni. Sapu-sapu sikit..hehe. Bersih dah!

Hari ni rasa macam nak menaip sesuatu, so hari ni saya nak kongsi cerita tentang pengalaman saya menjadi pengarah program buat pertama kalinya. Waktu pertama kalinya saya terima tawaran ni, saya rasa berat juga nak terima, lama juga la fikir sebab saya bukan jenis yang suka buat kerja berat-berat ni, kalau hanya AJK boleh la..hehe. Tapi disebabkan ini program pertama kelab kami iaitu Bpac, UPM dan saya sebagai vice president saya rasa bertanggungjawab untuk terima projek ni sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan kelab kami. Untuk permulaan saya dan kawan saya perlu menyiapakan paperwork untuk dapat kelulusan Fakulti. Selepas pelbagai cabaran di tempuhi dua minggu sebelum program start baru dpt kelulusan. Jadi kami ad masa Seminggu tiga hari untuk assign AJK and buat kerja yang patut la untuk menjayakan program ni. Sebelum terlupa program ni diberi nama Seminar keusahawan teknik menjana pendapatan cara genY. Tajuk dia interesting kan? Alhamdulillah jumlah peserta melebihi target kami. Penceramah untuk program ni ialah En. Hasbul Aqill, CEO majalah niaga. Sangat2 menarik program yang dikendalikan oleh pihak Bpac dengan kerjasama ASL development ini. Ramai yang bagi feedback yang baik.Alhamdulillah. Tapi sayang saya sebagai pengarah program tak dapat dengar talk En. Hasbul dengan tenang sebab kena gerak sana sini. Penat gak la.. rasa kalau boleh tidur time tu tidur smpai tak sedarkan diri. Sebelum hari kejadian kami difahamkan wakil dari PKNS akan datang dan saya dan orang kuat saya perlu menjemput wakil dari UPM untuk turut serta tapi sayangnya Doctor-doctor kami busy jadi tak dapat nak stay lama.Alhamdulillah pihak dari ASL juga bagi kerjasama yang sangat baik. InsyaAllah kalau ada rezeki kami akan bekerjasama lagi. Alhamdulillah program bergerak dengan baik dan tamat dengan baik juga. Alhamdulillah. =).

Tamat dah....
lama tak menaip rasa kekok lak..haha. Tapi ini satu pengalaman baru untuk saya, dapat belajar benda baru, kenal pihak dari luar, bekerjasama dengan syarikat luar. Alhamdulillah Allah pilih saya untuk dapat pengalaman ini. Pihak dari ASL banyak kali cakap saya orang kuat, saya agak terkilan kerana saya tak berkesempatan untuk cakap pada mereka, saya kuat kerana ada yang menyokong saya dari belakang, bukan belakang je depan kiri kanan. Saya sebut la skit nama mereka Haikal dan Sarah terima kasih tolong saya dari awal sampai akhir. Juga kepada AJK yang terlibat kerana melaksanakan tugas dengan baik. Terima Kasih banyak-banyak. Akhir Kata korang memang perform la! hehe.
Salam sayang Dhiya




Akhir kata

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Jangan berhenti belajar.
belajarlah sebanyak ilmu yang mungkin untuk memberi manfaat kepada orang lain.
InsyaAllah..betulkan niat Allah permudahkan segalanya.
^_^

Saturday, June 20, 2015

Kupu-kupu Cinta ~~~~











pertemuan ini menjadi suatu berarti
di kala diri menepi untuk warna-warna hati
ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
syair-syair cinta tercipta karena Dia
kupu-kupu cinta terbanglah tinggi menuju jalan-Nya
hinggaplah engkau di bunga yang indah
terbang bersama hembus angin cinta
Ya Ilahi Rabbi tiada lain hanyalah nama-Mu
satukan cinta ini dalam bingkai untaian ridho-Mu
ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
syair-syair cinta tercipta karena Dia
kupu-kupu cinta terbanglah tinggi menuju jalan-Nya
hinggaplah engkau di bunga yang indah
terbang bersama hembus angin cinta
Ya Ilahi Rabbi tiada lain hanyalah nama-Mu
satukan cinta ini dalam bingkai untaian ridho-Mu
kupu-kupu cinta terbanglah tinggi menuju jalan-Nya
hinggaplah engkau di bunga yang indah
terbang bersama hembus angin cinta
Ya Ilahi Rabbi tiada lain hanyalah nama-Mu
satukan cinta ini dalam bingkai untaian ridho-Mu
pertemuan ini menjadi suatu berarti
di kala diri menepi untuk warna-warna hati





Thursday, June 11, 2015

icannothideit




                                  I cannot hide 
                                                       what I feel right now..

                    the tears... 
                              they are itching to go out...

                   why pain is so STRONG????
                            The pain in my heart is so                                          strong..

                              Abah be strong.. 
and I will try harder to be strong for you... you are stronger than me.. I know it.

Friday, May 22, 2015

Kau Sangat Bererti -Siti Nurhaliza

Ku tak sanggup lagi menyimpan perasaan ini
Rasa ini sungguh menyiksa ku
Kau curi hati ku, rasa cemas tak menentu
Aku telah jatuh cinta kepada mu
Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti
Kau curi hati ku, rasa cemas tak menentu
Aku telah jatuh cinta kepada mu
Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti
Aku ingin memiliki mu
Aku terlanjur mencintai mu
Kau yang membuat aku bahagia
Bagi ku kau sangat bererti
Lama sudah aku mencari
Insan yang tetap untuk ku cintai
Hanya kau yang membuat ku bahagia
Bagi ku kau sanagat bererti
Kau sangat bererti.


lagu ni sesuai sgt dengan situation skrg ni..

Akhir Kata
Siti Nurhaliza saya minat sgt awak.. sangat..sangat minat awak.. huhu

salam syg Dhiya.. ^_^

Thursday, May 21, 2015

cerita saya bersama BBA

Assalamualaikum semua.. apa khabar awak semua?? Sihat.. Hari ni tiba-tiba rajin update blog sebab class hari ini cancel..hehe. Erm.. Dhiya tak twu la nak update apa, tapi ada satu kegusaran dalam hati ni..hmm. Awak kalau awak suka saya cakap je.. ecehh bukan ni, saje nak test power.. haha. Actually dah hampir setahun Dhiya kt UPM ni dan sekarang sedang berjuang dengan bachelor business Adminastration. Tapi... masa awal-awal dulu saya tak berapa gemar sangat dengan business ni minat saya lebih kepada Account. Still.. until now I love account more. Saya  bab-bab menghafal ni bukan kepakaran saya, pengiraan pun bukannya pakar sangat pun tapi saya memang suka mengira dari menghafal. Dilema.. jadi saya pun pergi la jumpa PA saya Dr. Dahlia, baik sangat orangnye.. =). Saya minta pendapat Dr. kata tak pernah lagi student BBA minta tukar BAC. BAC ramai la minta tukar BBA. Bincang punya bincang kalau saya nak tukar BAC, sem ni I have to get 4.0.. what?? 4.0?? susahnya. Dr. kata kalau awak nak awak kena berusaha keras la. Sebab UPM ni universiti research sebab tu standard dia tinggi sikit, bukan senang nak masuk UPM ni. Saya pun, baiklah DR saya akan berusaha. Jadi balik.. satu malam ni saya beristikharah, sebab saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya serahkan segala galanya pada Nya. Sekarang dah nk cukup setahun saya dengan BBA, saya rasa seronok sangat berdampingan dengan students BBA. Sifat kekeluargaan, ambil berat, hormat-menghormati buat saya rasa bangga dengan BBA. Kalau korang nak tahu TOP board FEMSA kebanyakkan budak-budak BBA taw..hehe, Jadi sekarang saya tengah memikir masa hadapan.. ayat..hehe. Ermm kalau dapat tukar BAC boleh ke aku survive dengan environment yang baru, kawan-kawan baru.. boleh ke? boleh ke aku nak bawa account ni?? Sekarang aku dah rasa selesa dengan BBA. Semua program susah tak ada yang senang.. kalau kita study senang la jadinya kan?? Aku dah rasa minat dengan BBA, minat aku dah teralih sikit pada business. mungkin ini ke petunjuk dari Allah, bahawa saya perlu teruskan dengan BBA. mungkin BBA adalah yang terbaik untuk saya. Jadi saya decide... " I start with BBA, I will finish with BBA"! InsyaAllah.. kita tak twu apa akan jadi masa hadapan, mungkin saya akan berubah fikiran.. jadi saya akan terus beristikharah, saya yakin perancangan ALLAH untuk saya adalah yang terbaik.


Akhir Kata.

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG.. JADI BERSYUKURLAH JIKA KITA DITIMPA UJIAN HIDUP.. =)

salam sayang.. peace one love.. Dhiya






Sunday, May 10, 2015

I LOVE U... IBU!!

Assalamualaikum semua.. ^_^
hari ini bila buka FB, Instagram, wechat and all that everyone is busy to wish happy mother's day to their mom. For me everyday is mother's day, there is no specific day to appreciate our mom.. am I right? ^_^.. so bila satu dunia busy wishing happy mother's day, saya pun tak nak ketinggalan untuk create one special post for my beloved ibu.




Jika kami mampu beri ibu batu permata untuk setiap titisan air mata ibu untuk kami..
Jika kami mampu beri ibu sapphires untuk setiap pengorbanan dan tunjuk ajar ibu pada kami..
semua tu takkan kami mampu, sekiranya kami mampu beri pun tak dapat menandingi dengan nilai setiap jasa dan pengorbanan ibu. 
Terima kasih ibu untuk semua pengorbanan yang ibu dah buat untuk kami 5 beradik dan keluarga kita. 
Terima kasih ibu kerana kekal kuat untuk melayan karenah kami adik beradik.. 
Mungkin sayang kami tak akan dapat menandingi sayang ibu pada kami.. tapi ibu sayang kami hanya Allah sahaja yang tahu. 
Terima Kasih ibu kerana melahirkan kami.. kami bersyukur sangat ibu adalah ibu kami. 
Terima kasih ibu kerana menjadi ibu yang Terbaik untuk kami.
Doakan kakdik supaya satu hari nanti kakdik dapat buat ibu bangga menjadi ibu kakdik, kerana dari saat kakdik lahir sampai sekarang kakdik bersyukur kerana ibu adalah ibu kakdik.

sungguh dahsyatnya cintaku kepada kamu,
 tiada yang bisa mengisi ruang di hati,
 jiwa ini perlu kamu.

i love u
IBU

Monday, February 9, 2015

ESCAPE ROOM

PENGALAMAN~~~~~~~~~~






Assalamualaikum.. lama sangat dah tak mengemaskini blog saya ni hahhh.. ok. For this new entry I want to tell or share with readers about my experienced in escape room... ok cita santai2 je ea... =)

Pertama sekali awak-awak semua kena tahu la tentang escape room. Escape room ialah satu permainan dimana awak akan dikunci dalam sebuah bilik. Bagaimana awak nak melepaskan diri dari terus terkurung? Dalam bilik tu dah di berikan clue untuk bagaimana nak lepaskan diri.. like solve puzzle..dalam  masa 45 minutes. Kalau bejaya winner, kalau tak berjaya buka kunci dalam masa 45 minutes mean you are losser..hehe.. interesting kan. Best gle.. tak tipu.

Pertama kali kitarang mula main game ni.. kitarang pilih theme TAKEN. Memang susah gle la citenye.. first time main dah pilih theme paling susah memang tak la kan. Untuk nak solve puzzle yang pertama punya la selongkar satu bilik padahal hint dia depan mata je. Tu la nak fikir sangat out of the box kan.. konon..haha. Citenye kami tak lepas satu bilik pun.. sedih. Habis masa 45 minit ada orang buka kan pintu. So dia pun bawa la ktarang jalan-jalan satu bilik ke bilik yang lain, untuk theme yang kitarang main ni la. Lagi tinggi level lagi susah.. memang stress habis la. So ktarang pun keluar dari bilik tu. Memang sepanjang dalam bilik tu nervous habis la. ada kain merah la, manequin la.. sepanjang nak kuar dari tempat game tu kami berborak la, akak mira cakap kalau berjaya nanti ada polis kejar. Kami dalam mood permainan lagi ni tiba-tiba orang yang guide kitarang keluar tu muncul secara tiba-tiba apalagi kitarang pun menjerit la.. Arghhh!! hahaha. Orang tu pun terkejut dan pelik. Dia kata " Ini bukan rumah hantu la".. haha.. kitrang sepanjang keluar tu gelak je tak habis-habis. Menghayati sangat kan..dengan orang pun nak terkejut..haha.

Next kali kedua kami main game ni kami pilih theme Alice in wonderland theme yang senang sikit la plak kan.. Nak lepas pintu yang pertama agak mudah. Tapi bila dah masuk bilik kedua dah agak mencabar minda dan kesabaran. Agak blur juga la bila dah masuk bilik yang seterusnya. Dan akhirnya WE DID IT!! haha. Yang klakanye masa pintu tu terbuka kami fikir masa dah habis keluar je dari tempat tu kitarang fikir " mesti orang tu bukakan pintu" " xde sape pun yang jemput kitarang" "sedih" bila keluar je semua tepuk tangan kitarang pun pelik.. sambil gelak-gelak lari masuk balik bilik escape room tu tengok macam mana kitarang boleh buka pintu tu..staff kat situ pun pelik kenapa kitarang lari masuk balik.. tak boleh bla masa tengok reaksi diarang masa tu.. ahaha. dengan keadaan kitarang yang tak menyangka yang kitarang sebenarnya berjaya buka pintu tu. Gelak je sepanjang keluar dari bilik tu. Ada salah sorang tu cakap macam mana awak boleh keluar. Jujur kitarang cakap "just try and error".
Cerita nya macam ni, kitarang hanya tak dapat selesaikan satu puzzle je lagi. Dalam berfikir cara untuk selesaikan tiba-tiba jam dah berbunyi.. maka hentak kaki la ktarang, sebab ingat failed lagi. Tiba-tiba Adira cakap sementara tunggu orang tu datang jemput kita, apa kata kita just try je solve puzzle yang tinggal satu je lagi tu. Try punya try tiba-tiba,,, "eh pintu terbuka!". ktarang ingat staff tolong bukakan keluar je diarang semua tepuk tangan. Disebabkan tak percaya yang kitarang dah berjaya tu yang masuk balik bilik tu.. haha. maknanya pintu tu terbuka dengan usaha kitarng sendiri la.. Well Done gurls. hehe.

serious best gle.. menguji minda dan tahap kesabaran kita as pemain. paling penting TEAM WORK..hehe.. tu je la pun nak cerita.. hehehe. Selamat mencuba! =)



geng escape room. 
kami dah cuba anda bila lagi?? 

AKHIR KATA

Jangan pernah putus asa..
setiap soalan pasti ada jawapannya.