Tuesday, July 17, 2012

doa An-Nisaa' akhir zaman

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah 

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah 

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah 

Mahupun sehebat Ummu Sulaim 

Dan tidak seteguh Aisya Humaira 

Kerana diri cuma An-Nisaa' akhir zaman 

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah 

Dimana syahadah hanya pada nama 

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama 

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa 

Kita cuma An-Nisaa' 

Para pendosa yang terbanyak di neraka 

Lantas walau tak setabah para Mujahidah 

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah 

Kerana padanya ada Syurga! 

Walau tak semulia para wanita sirah 

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana

padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah 

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa 

Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam 

Bukan untuk ditindas kerana lemah 

Tapi untuk dilindungi kerana Indah 

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah 

Bak mekarnya wanita dalam sirah 

Tuntunlah kami ke arah syurga.. 

Bicara dari An-Nisaa yang hina.. 

Makbulkan doaku.. Aamiin..


Saturday, July 7, 2012

mutiara hati

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?

Sabda Rasullullah (SAW): “Berkatalah kamu pada perkara yg membawa kebaikkan, jika tidak….diam adalah lebih baik”

istikharah cinta - sigma


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

Monday, July 2, 2012

yang saya sayangi..

Assalamualaikum.. ^_^
mereka yang sentiasa ada dengan saya susah and senang.. kakak and adk2 saya.. =)
..........................................................................................

dia ni kakak sulung saya.. comel an dia..=)
nama dia Saidatul Nadia..kakak ni bagi Dhiya nak kata dia ni tegas tak juga, nak kata dia tak tegas pun tak..so 50/50 la.. Dia ni agak keras hati gak, kalau dia merajuk memang susah nak pujuk..sangat susah!
Tapi dalam keras2 hati dia, kakak Dhiya ni sgt sgt sgt bertanggungjawab orangnya.. dia sentiasa berusaha untuk jadi kakak yang baik untuk adik-adik dia. Masa Dhiya jauh dari keluarga, dekat dia la yang Dhiya selalu meluahkan perasaan, maknanya kebanyakan rahsia remuk hati saya, sedih hati saya, ke stressan hati saya semua dia twu. Di sebalik kekerasan hati dia, terdapat banyak lembut dalam hati dia..erm fhm x dgn apa yang cuba dimaksudkan?hehe..fhmkan sendiri jer la.. kakak Dhiya seorang yang sgt kuat, mempunyai hati yang sangat kuat, Dhiya percaya apa pun dugaan yang dtg dia boleh tempuh dgn jayanya.. ^_^. erm tapi satu dia ni kalau buat lawak selalu tak jadi..mmg ssh nk jadi la citenyer an..haha..
satu-satunya kakak yang saya ada dalam dunia ni .. kakak kakdik sayang kakak sgt2..!!*wink =)



kakak yang pakai baju biru ni kakak Dhiya gak..hehe..xde la dia ni adik bwh Dhiya, Saidatul Nabihah nama diberi..dia ni tak mcm adik, tapi mcm kakak bagi Dhiya sebab dia agk mtg dari segi cara pemikiran dia. kalau nak debat politik ngan dia, ayah pun kalah..tu la jer la kelebihan dia..hehe. Dia memang boleh diharapkan lah..seorang adik yang sgt dengar cakap.. tapi kalau dia bad mood mmg scary, tapi ada saya kisah lagi teruk mood dia lagi seronok Dhiya kacau, kalau dia marah buat bodoh jer bagi senyuman plg manis kat dia, diam la dia..haha =P. Dia ni nampak jer berani, kasar tapi penakut kot, kalau usik dia dgn bab2 menyeramkan mmg terbaik..bwu usik skit.." serah!!! naik ats jap" hahaha..saya kat bawah hanya mampu ketawa..haha. pendek citer Dhiya mmg suka usik dia la, sebab dia ni agak penyabar sikit, lagi satu dia tak la cepat sgt touching..hati kental budak ni. beza umur kitarang just setahun so memang senang la nak masuk ngan dia.. kalau buat kerja apa2 pun dhiya lagi suka buat dengan dia sebab senang berurusan..suruh dia buat itu ini dia buat jer, sampai dia rasa bosan baru Dhiya bergerak untuk tolong..haha =P.. jahat kan saya..hehe.. KY aku syg kau! hehe


Adik manis di atas nama dia Saidatul Maisarah.. Serah ni boleh dikatakan tulang belakang kakak-kakak dia, sebab selalu nyer kalau kitarang malas nak buat kerja kitarang suruh dia jer la..hehe. Baik budak ni dengar cakap. Pandai buat kerja rumah. Lagi satu campak la mana-mana budak kat dia, senang jer dia layan. Dia memang suka budak-budak, semua budak2 suka kat dia. Satu jer dia ni, kalau buat sesuatu benda ni dia yang paling lambat, kalau org marah dia buat derk jer..masa itu lah, perasaan marah anda akn ter uji..hehe.
dia ni sgt lembut dan pandai jaga hati kakak2 dia.. Serah! kakdik syg kau gak..hehe =P


haha..ni gambar dia amek sendiri..lawak an..haha..
Dia ni la adik sayang Dhiya, Mohammad Aiman nama empunya diri.. masa Dhiya ngah buat entry ni dia ada disebelah..hehe. Dia memang teman gaduh saya..hari-hari ada jer benda nak usik dia.. Aiman ni manja gak budak nyer, ye la bongsu kan.. tapi rasanyer dengan Dhiya jer dia suka cari gaduh, sebab ngan Dhiya jer kot dia boleh main kasar-kasar..hehe. Lagi satu Dhiya memang suka kacau dia, kalau dia dah penat dia diam jer la. Kalau main game dengan dia paling best, kitarang bukan penat main, tapi penat gelak..haha. Pandai budak ni, result exam dia tak pernah mengecewakan. Harap dah besar nanti dia jadi seorang yang boleh diharapkan, sebab sekarang ni dia memang tak boleh diharapkan lansung..hehe.. and dia suka kacau saya buat kerja!!!!! ish geram betul! kau tengah baca an aiman? meh sini aku starlight kepala kau yang besar uh..teruji tahap ke cool an saya ngan budak ni..macam mana pun dia buat Dhiya dia tetap adik Dhiya yang saya sayang sgt2..!! Aiman kakdik syg aiman taw! =) ^_^

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu lah jer la, tiba-tiba nak citer pasal mereka.. apa pun yang berlaku kitarang tempuh sama-sama..
"AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"
begitu juga dengan kami..
kalau Dhiya susah macam mana pun, Dhiya tak risau sebab Dhiya twu diarang sentiasa ada dibelakang saya! hehe..

 akhir kata
 sayangilah keluarga anda.. ^_^


.