Monday, December 24, 2012

bkn pura2 baik, tp sdg berusaha untuk jadi lebih baik.


ye..saya bukanlah seorang yang sangat baik..
life saya pun sama macam remaja2 lain..
tapi saya nak jadi lebih baik..
cubalah untuk memahami..
kalau boleh saya dah tak nak jadi macam mereka yang sangat asyik dengan tipu daya dunia..
saya maksudkan dengan setiap apa yang saya cakap..
saya tak jadi orang lain, saya jadi diri saya..
iman manusia kan bertambah dan berkurang..
jadi saya akan cuba berusaha untuk pergiiii jauhhh dari perkara2 yang boleh membuatkan iman saya berkurang..
perkara2 yang melalaikan..
sebab tu saya jarang ber sms dengan awak..
saya mengaku kdg2 saya tersungkur juga..
tapi, kita kena berusahakan untuk bangkit semula, supaya kita jadi lebih baik.. 
biarlah orang nak cakap apa pun..berlagak baik ke?berlagak ustazah ke?cakap tak serupa bikin ke?
janji kita sentiiaaasaa berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam..
lama-lama diarang diam la.. =)
tak rugi pun kalau kita berusaha kan?
saya pun ada cita-cita untuk ada pengakhiran yang baik..bila masa saya dah tiba nanti..
kehadiran saya dalam hidup awak, membuatkan awak resah, kecewa, buat hati awak sentiasa sakit..
sebab saya bukan seperti yang awak harapkan..?
maafkan saya..
saya tak nak jadi macam saya yang lepas.. =(
saya perlu memperbaiki diri saya..sebab saya banyak sgt kekurangan.
lepaskan saya, membuatkan hidup awak tenang? buatlah.
Carilah Cinta Allah..insyaAllah jiwa awak akan tenang.
InsyaAllah, kita sama2 boleh jadi hamba Allah yang baik dan jadi lebih baik pada masa akan datang..
perubahan tu tak perlu secara drastik, kita boleh buat perlahan-lahan kan?
InsyaAllah.

kata-kata akhir

hidupa kita di dunia ni hanya sementara..
kita tak tahu bila ajal akan datang menjemput kita..
sampai bila kita nak terus hidup macam ni?
tak nak ke jadi lebih baik?
masa tu kan tak boleh berputar kembali ke masa silam..
jadi berusahalah..

Monday, December 17, 2012

HaRi BaRu..


Assalamualaikum.. =). Today adalah hari bemulanya untuk kami menjalani kehidupan sebagai seorang  pelajar. Rasa nervous kot, sebab dah 7 bulan tak rasa suasana untuk ke kelas, time LI kalau lambat masuk kerja boleh suruh kawan sehati sejiwa tolong punch kan. kalau g class lambat siapa nak tolong back up? pandai2 la jawab sendiri..hehe. Pagi tadi memang best, sejuk je..angin sepoi-sepoi bahasa gitu..huhu. Jalan pergi class ramai2..ala...sweetnyeerrr..hehe. Naik tangga untuk kejar ilmu sementara peluang masih ada, walaupun agak semput gak la dah la tak breakfast lagi, tak apa semangat nak g class tu tinggi menggunung so tak ada lah rasa penat sangat..erm ye ke??=P.

Class pukol 10 a.m, tapi kami semangat naik class pkoi 8 a.m..waaa..nampak tak kesungguhan di situ..hehe. kami naik awal sebab mendapat arahan untuk menghantar report LI pada pagi isnin,so pagi la kami naik atas..naik punya naik, mungkin ada masalah yang saya dan kawan-kawan tak tahu, sampai ke laa ni report tidak kami hantar..just wait apa yang akan menanti pada hari esok..hmm?..hehe. Siyes from the first day Dhiya came to PTSS, Dhiya tak tahu nak beza kan mana student junior mana lecturer??? nampak tak betapa besar nyer kematangan baby face mereka2 itu? Saya pulak rasa macam junior kat situ..haha.

Class pertama kami pada hari ini bersama En.Amir, macam best..^_^. Ye soalan pertama untuk Dhiya hari ini, If you have 5 thousand, what u want to do?? pastu En. Amir yang tolong jawabkan, owh you want go to LEGO LAND!.. tetapi sebenarnya En, Amir saya mahukan Galaxi Note 2! hehe.

iye sejak saya mai ke Perlis ni, saya jarang sangat dapat message dari dia. Mungkin mahu menguji saya kot..ermm????huhu. Mungkin juga dia busy, seperti biasa saya tidak akan melayan sangat perkara seperti itu, from now on! Dhiya akan berpulun untuk naik pentas lagi! Ha Ha Ha. InsyaAllah.. =). Tak nak sia-sia kan peluang yang ada, i will try my best to be the best among the best!! I made a promise..that i will do my best for my beloved person.. mom and dad.

InsyaAllah..Dhiya pun nak jadi yang lebih baik..baik daripada hari ini. Seseorang yang hanya menangis kerana Allah.

last word

KAWAN YANG SENTIASA MENGINGATKAN KITA TENTANG ALLAH..
JANGAN SESEKALI KITA LEPASKAN DIA.. =)

Thursday, November 29, 2012

SATU SOALAN BUAT HAWA & SATU JAWAPAN DARI ADAM..

SATU SOALAN BUAT HAWA & SATU JAWAPAN DARI ADAM..

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
...
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa,

Ini ke yang KITA nak? berfesyen tanpa meletakkan agama sebagai tapisan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan? betul ke?



Satu soalan buat hawa,

Selesa ke kita dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang lazim dengan mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa,

Apa tujuan sebenarnya berpakaian sedemikian? maybe sebab nak nampak cool di kalangan teman-teman? sentiasa up-to-date? lepas tu apa? mungkin, mula-mula rasa best, lama-lama jadi bangga dengan diri sendiri..lagi lama-lama ?nak jadi apa.. riak?...ah!, kita nak riak ke?

Satu soalan buat hawa,

Adakah dengan berbaju kurung bertudung litup kita akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date dengan fesyen terkini? nahh~

Satu soalan buat hawa,

Adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan kita? akan menjadikan nampak buruk? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa,

Selalunya, perempuan berfesyen untuk kepuasan sendiri..siapa setuju mesti tengah senyum-senyum, angguk-angguk kepala ni..tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri seorang perempuan takkan pernah puas?

***

Satu jawapan dari adam,

Seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam,

kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam,

Kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. 4 in 1 gitu..

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. so, mari jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kita lari untuk mengejar kepuasan diri, kita takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasan yang sebenar berada diantara kita dengan si pencipta, ALLAH SWT.."

Monday, November 26, 2012

kau dan aku


aku tak nak hubungan ini membuat kau leka daripada mengingati Allah..
begitu juga aku..aku tak nak hubungan ini membuat aku leka..
bila kau boleh bangun Tahajjud pada 1/3 malam..kau boleh terlepas dari bangun menghadap Tuhan disebabkan melayan aku sampai tengah malam..aku tak nak jadi penyebab kau lalai daripada mengingati Allah.. 

bila kau perlu kan aku untuk berkongsi cerita masalah, aku tak ada untuk kau. aku minta maaf sebab aku tak ada disisi kau untuk suka dan duka. aku pun teringin untuk berkongsi cerita. Tapi kita kan ada Allah untuk meluahkan segala kegusaran, Dia yang paling mengetahui apa yang terbuku di hati mu wahai khalifah Allah.

maafkan aku sebab jarang berhubung dengan kau..kadang-kadang aku suka kalau kau tak menghantar pesanan ringkas pada aku sebab aku suka bila ada rasa rindu untuk kau. tapi aku tak pernah luah pada kau yang aku rindu, sebab aku tak nak beri harapan. bila aku rindu, aku berdoa pada Tuhan yang menciptakan aku dan kau supaya sampaikan rasa rindu aku pada kau. aku berdoa kalau kau yang terbaik untuk aku..aku akan terima kau seadanya.

kau dan aku bukan mahram..aku tak halal untuk kau lagi. dan aku belum pasti menjadi milik kau lagi.. tumpahkan lah kasih sayang kau tu pada Dia yang lebih layak. Kerana kasih manusia hanya sementara, kasih Allah kekal selamanya.. kalau kita berkasih sayang kerana Allah..InsyaAllah. Allah kan Maha Pengasih.

aku mahukan perhubungan yang halal disisi Allah..bukan yang boleh membuatkan Allah murka pada aku. aku bukan seorang yang baik..tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik di pandangan Allah dan Rasul aku.

Friday, October 19, 2012

hidup

bila kita belum dapat sesuatu yang kita mahukan, kita akan bersungguh-sungguh nak dapat kan sesuatu tu..

tapi..

bila kita dah mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu tu, kita abaikan kesungguhan itu..

kita ada peluang untuk dapatkan apa yang kita nak, tapi untuk mendapatkan sesuatu itu ada ujian di selitkan untuk kita..

dengan mudah perkataan putus asa itu terbit di hati..

tapi..

sebelum peluang itu muncul, kenapa kesungguhan untuk memperolehi sesuatu itu sentiasa ada?

kenapa bila sudah ada peluang depan mata kita tak nak pulak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu itu?

terkilan hati yang sudah ingin memberi peluang itu..

tak apa lah kita hanya manusia biasa..tidak sempurna..

untuk mendapatkan sesuatu itu susah..bila sudah ada peluang untuk mendapatkanya jangan mudah untuk melepaskanya..

kerana..

bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu itu kembali..

bukan mudah...

semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya... Amin..

Sunday, September 30, 2012

cita-cita untuk menjadi lebih baik


Niat untuk jadi lebih baik itu ada..
tapi..kenapa tidak sampai ke situ lagi?
kita sedar dunia ini hanya sementara, bila-bila sahaja pasti dijemput untuk menghadap Ilahi..
tapi..kenapa tiada perubahan?
Rasa malu itu ada datang bila tidak menutup aurat sepenuhnya..
tapi..kenapa masih tidak menutup aurat dengan baik?

Ye ada niat dan teringin untuk menjadi seperti ini..
 
cantik dan terpelihara..tapi kenapa tiada mampu untuk jadi begini?
kenapa ada perasaan macam itu?
tidak mampu???
kita tahu apa yang baik apa yang tidak.. tapi masih melakukan perkara yang sama.
kenapa?

sebab itu kita mahukan pasangan yang mampu bimbing kita ke arah kebaikan..
supaya kita dekat dengan pencipta kita..
Semua wanita inginkan perkara yang sama..
tapi kita juga perlu perbaiki diri kita supaya kita layak untuk dia yang baik dari segi akhlaknya..
Kalau kita baik, kita akan dapat yang baik..kalau kita jahat kita akan dapat yang jahat..
itu sudah di tentukan..

Sampai bila kita harus begini??
sampai bila..
kadang-kadang datang kesedaran itu, tapi hanya sementara..
apa yang harus kita lakukan?
berusaha lah..tolonglah berusaha untuk jadi yang lebih baik..


Jangan biarkan niat itu terkubur begitu sahaja..
Janganlah memandang kami yang begini dengan pandangan yang mengatakan kami ini jahat dan tidak boleh berubah..datanglah mendekati kami, supaya kami mampu jadi umat Islam yang sempurna.
Dengan izin Allah semuanya tiada yang mustahil.
Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.


Akhir kata...





Saturday, September 29, 2012

kenangan bersama seksyen Hasil.. :')


Assalamualaikum..  ^_^.. ye agak lama tak mengupdate blog ni, sibuk ler kata kan..hehe. Bukan apa sebab tak ada benda nak di taip kan, so tak ada la entry baru..huhu. Tapi hari ini saya nak cerita tentang hari-hari saya bersama seksyen hasil yg sgt saya kasihi.. =).. First day start latihan industri saya rasa ok, walaupun hari pertama sudah banyak kereje..hehe. Dhiya tak ambil masa yang agak lama untuk sesuaikan diri sebab akak2 kat situ semua nyer baik-baik belaka.. Kak Dila, Kak Ina, Kak Wan, Kak Firda, Abg Wan and VIP seksyen hasil Encik Ahmad Pesol bos Dhiya..hehe. Seronok sangat praktikal di bawah En. Mad banyak yang Dhiya dapat banyak sangat ilmu yang diturunkan. Bila ada kutipan hasil diarang mesti ajak Dhiya, walaupun Dhiya sekadar menyibuk jer kat situ tak la tolong apa pun. Tapi diarang still ajak Dhiya..hehe. Siyes dari program kutipan hasil uh Dhiya banyak belajar..paling best akak2 sangat pemurah dengan ilmu, Dhiya tanya apa jer diarang mesti jawab sampai Dhiya faham. Banyak sgt yang Dhiya dapat daripada mereka. Last day Dhiya with them,..huhu.hmm. Pagi uh diarang ada sediakan makanan, mula-mula Dhiya ingat ada mesyuarat tapi start jer jamuan uh, Kak Ina cakap sebenarnya ini untuk raikan Sai sebab dia dah banyak tolong. Dhiya rasa tak la seberapa pertolongan yang Dhiya bagi daripada Ilmu yang mereka beri kat Dhiya. Siyes Dhiya rasa terharu sgt, rasa sgt di hargai. Dhiya rasa sedih sangat nak tinggalkan seksyen Hasil sebab diarang baik sangat dengan saya. Tak pe la saya di situ untuk belajar, bila saya dipindahkan bnyak tempat lagi banyak ilmu yg sy dapat.. InsyaAllah. Allah beri kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Masa Dhiya nak pindahkan barang-barang Dhiya, masa uh senanyer tengah tahan nangis..haha. siyes weyh rasa sedih sgt nk pindah mungkin sebab dah 3 bulan Dhiya bersama hasil, dah biasa duduk situ..huhu. Allahuakhbar..Dhiya harap semuanya berjalan lancar sampai Dhiya habis praktikal nanti..Amin.. Allah sentiasa ada dengan kita.. 






 TERIMA KASIH SEKSYEN HASIL..KENANGAN BERSAMA AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.

Akhir kata
Buat baik la dengan orang, orang pun akan baik juga dengan kita..
buat kerja dengan hati yang Ikhlas, balasan yang baik pasti kita dapat.. InsyaAllah.
Wasalam.. ^_^



Tuesday, August 28, 2012

ye lawak latihan industri..

Assalamualaikum.. =).. entry dhiya nak cerita pengalaman lawak semasa menjalani latihan industri..haa ayat kn..hehe. Dhiya sampai niat dalam hati balik rumah mesti nak update cerita ni..macam ni cerita nyer, hari ini dhiya follow kak wan pergi perpustakaan kutip hasil kat tingkat 2 at library. Tugas Dhiya macam biasa kira hasil yang diperolehi minggu ni. Otw balik kak wan pergi toilet jap, masa tunggu kak wan uh, ada 3 orang penjawat awam library kot, one of them keluar dari lif uh, tetiba akak uh ketawa sambil tekan-tekan button lif uh sambil cakap salah level ni, dhiya memang tak boleh tengok orang ketawa dhiya pun ikut la ketawa sama..haha kan.. pastu dhiya tanya la dia sepatut nyer nak ke tingkat berapa, dia pun jawab la acik sepatut nyer nak ke tingkat satu, member dalam lif uh yang nak ke tingkat 2..diarang g turun balik pastu naik balik..hahaha. Yang dalam lif uh pun tak perasan biar kan jer akak uh keluar lif, yang diarang pun pergi turun tingkat satu. pastu masa diarang naik balik uh diarang yang dalam lif uh pun tak boleh berhenti ketawa..haha. Tu la leka borak lagi..hehehe. Maybe yang ada rasa cerita ni lawak mungkin ada yang rasa.."apa yang budak ni cerita?"tapi masa kat tempat kejadian uh, serius Dhiya dengan mak cik uh xboleh nak stop ketawa, dhiya cerita balik kat kak wan pun sampai kat car park kitarang still ketawa-ketawa lagi..hahah..hbt an..hehe. kalau dhiya ngan dia still macam dulu, mesti dhiya dah call dia cerita kejadian ni.. dhiya pun mesti sambil ketawa sambil bercerita...huhu. Biar la menjadi kenangan..heee. Alrite sampai di situ jer la ea, nanti ada cerita best dhiya update ea..kalau rajin nak meng update..hehe.. bye2..


akhir kata
buat kerja buat dengan hati yang ikhlas dan amanah. Allah nampak apa yang kita buat.. wasalam.. ^_^


Friday, August 17, 2012

untuk yang tersayang

Assalamualaikum..pada awak..awak ..awak..yang sudi kunjung dhiya's blog.. ^_^.. lagi berapa hari dari hari dhiya post entry ni nk raya. Sedih la sebab ramadhan dah nak habis, rasa macam sekejap sgt ibadat pun tak seberapa..ntah dapat lagi ke tak ramadham tahun depan..hmm...

Disaat Ramadhan kian pergi..
aku masih mengusung diri..
melihat sekeliling..
MENCARI ERTI HIDUP SEBAGAI HAMBA ILAHI..
adakah akan kutemu ia kembali?
sungguh aku merindui..
Andainya ini ramadhan terakhir ku
pasti aku berasa kecewa..
kerana aku hamba yang berdosa.
  
dhiya ambil petikan diatas dari facebook...
waaa ayt..dh macam nak wat paper exam lak an..hehe. ok tujuan sebenar nak post entry ni adalah untuk menjadi serius sekejap..hehe..untuk yang tersayang..siyes sy syg mereka..
..................................................................................................................

Assalamualaikum Ayah, ibu, kakak, kakyang, serah, Aiman.....
sempena nak sambut hari kemenangan ni..kakdik nak minta maaf di atas segala perbuatan, tutur kasar kakdik. insyaallah kakdik cuba jadi yang terbaik selepas ini..andai kata..andai kata..andai kata, tidak ada selepas ini untuk kakdik, kakdik harap semua salah silap kakdik di maafkan dan dilupakan..ingat yang baik-baik jer pasal kakdik taw. Jangan lupa tolong kakdik supaya tenang kat sana. Antara ramai-ramai tu kakdik yang paling malas sikit, rajin banyak..hehe. Kita kat dunia ni sekejap jer, jadi lah hamba Allah yang beriman. Kita semua takut dengan neraka kan dan dambakan syurga Allah. Jangan ikutkan hati nnti merana. kurangkan sikap panas baran uh. Kita ada kita jer, bila kita susah mungkin tak ada siapa akan tolong kita, kita yang akan tolong antara satu sama lain. Jadi jangan gaduh-gaduh, kalau nak gaduh pun jangan lama-lama, jangan sampai tak tegur sapa, buat bodoh jer, macam tak ada yg wujud jer manusia kat situ, kalau boleh jaga hati antara satu sama lain, kalau dgn org lain kita boleh jaga hati diarang tak kan kita tak boleh an. Jadi adik beradik yang paling hbt! jaga ibu ngan ayah..jaga diarang macam mana diarang jaga kita masa kita kecik-kecik dulu, segala kemahuan kita dipenuhi, sampai kemahuan mereka sendiri terabai..sekarang kita kita penuhi kemahuan mereka, biar kemahuan kita terabai tak apa. Cuba berusaha untuk jadi muslimah yang sejati, kakdik pun still tercari-cari, Insyaallah dengan izin Allah, manisnya iman itu akan kita nikmati sampai ke pengakhiran hayat kita. Ibu..Ayah..terima kasih atas segala nya..sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakdik..doakan yang terbaik sampai hujung nyawa kakdik..doakan kakdik jadi anak yg solehah, hamba Allah yang baik..dua perkara tu paling kakdik inginkan didunia ni, sebagai bekalan kat sana nanti. Maafkan kakdik ibu ayah..banyak dosa kakdik kat ibu and ayah, terima kasih kerana sekolah kan kakdik sampai kakdik menjadi yang terpelajar..ampunkan kakdik ye ibu ayah..halalkan segala makan dan minum kakdik..terima kasih kerana berusaha beri yang terbaik untuk membesarkan kakdik..ampunkan kakdik ibu..ampunkan kakdik.Ampunkan ku Ya Allah..jadikan lah aku diantara hamba mu yang beriman..izinkan ku untuk mendekati Mu..ibadah ku. hidup ku, mati ku hanya untuk Mu Ya Allah..mati kan ku dalam sujud Mu.

Thursday, August 2, 2012

SAIDATUL MARDHIYAH

HAPPY bufday dhiya..hehe
ibu sy bukan pakar membuat kek..ibu sediakan ini untuk sy..

 ibu..buat khas sebelum pukul 12 mesti siap..tetibe ibu panggil turun bawah, meh sini potong kek bufday ko..huhu. siyes terharu gler, nk nanges tp cover2 an..hehe. ingat kan ibu saje2 buat kek uh, ibu memang suka buat kek2 ni..huhu. Menyanyi  la ibu lagu happy bufday untuk sy..n doa kan yang terbaik untuk sy.. komawo ibu.. ibu terbaik la!!^_^

jgn nkl2 taw..- my best fren Syawalina..hehehe
lina bagi sy ni..
 sweet sgt.. siyes terharu..huhu. rasa bersalah tak hlg lagi sbb tak wish bufday syg sy ni..
tapi sebab itu la dia sahabat terbaik sy, dia sedia memaafkan sy..siyes tiada touching2 from her masa jumpa masa uh.. u r the best beb! ^_^..maafkan sy..time kaseh lina 4 being my best fren.. =)

be a good muslimah - sakinah
thank u kina..doakan yg terbaik untuk sy..syg kina sgt2! =)

terima kasih kepada kawan2 yg memberi ucapan hari jadi..sy syg kamu semua!!





Tuesday, July 17, 2012

doa An-Nisaa' akhir zaman

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah 

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah 

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah 

Mahupun sehebat Ummu Sulaim 

Dan tidak seteguh Aisya Humaira 

Kerana diri cuma An-Nisaa' akhir zaman 

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah 

Dimana syahadah hanya pada nama 

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama 

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa 

Kita cuma An-Nisaa' 

Para pendosa yang terbanyak di neraka 

Lantas walau tak setabah para Mujahidah 

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah 

Kerana padanya ada Syurga! 

Walau tak semulia para wanita sirah 

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana

padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah 

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa 

Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam 

Bukan untuk ditindas kerana lemah 

Tapi untuk dilindungi kerana Indah 

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah 

Bak mekarnya wanita dalam sirah 

Tuntunlah kami ke arah syurga.. 

Bicara dari An-Nisaa yang hina.. 

Makbulkan doaku.. Aamiin..


Saturday, July 7, 2012

mutiara hati

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau mengajukan 6 soalan kepada mereka:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Orang tua”
Murid 2 = ” Guru”
Murid 3 = ” Teman”
Murid 4 = ” Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = ” Negeri Cina”
Murid 2 = ” Bulan”
Murid 3 = ” Matahari”
Murid 4 = ” Bintang-bintang”
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = “Apakah yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 = ” Gunung”
Murid 2 = ” Matahari”
Murid 3 = ” Bumi”
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat di dunia ini?”
Murid 1 = ” Baja”
Murid 2 = ” Besi”
Murid 3 = ” Gajah”
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang”
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri”

Daripada teka-teki Imam Al-Ghazali ini, elok jika kita merenungi sedalam-dalamnya persoalan-persoalan berikut:

Sejauh manakah kita mengingati detik kematian serta mempersiapkan diri kita untuk menghadapi saat-saat tersebut yang pasti datang pada bila-bila masa.

Sejauh manakah kita mengambil iktibar dari pengalaman lalu agar kita dapat menempuhi hidup mendatang di atas garisan Syariah yang telah di tetapkan oleh Allah swt.

Sejauh manakah kita dapat mengawal dan menguasai hawa nafsu agar kita dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.

Sejauh manakah kita telah berjaya memikul tugas dan menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita menjaga serta memperbaiki mutu dan kualiti ibadah kita, khususnya solat yang merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Sejauh manakah kita mengawal lidah kita dari menuturkan kata-kata yang boleh melukakan perasaan mereka yang berada di sekeliling kita?

Sabda Rasullullah (SAW): “Berkatalah kamu pada perkara yg membawa kebaikkan, jika tidak….diam adalah lebih baik”

istikharah cinta - sigma


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

Monday, July 2, 2012

yang saya sayangi..

Assalamualaikum.. ^_^
mereka yang sentiasa ada dengan saya susah and senang.. kakak and adk2 saya.. =)
..........................................................................................

dia ni kakak sulung saya.. comel an dia..=)
nama dia Saidatul Nadia..kakak ni bagi Dhiya nak kata dia ni tegas tak juga, nak kata dia tak tegas pun tak..so 50/50 la.. Dia ni agak keras hati gak, kalau dia merajuk memang susah nak pujuk..sangat susah!
Tapi dalam keras2 hati dia, kakak Dhiya ni sgt sgt sgt bertanggungjawab orangnya.. dia sentiasa berusaha untuk jadi kakak yang baik untuk adik-adik dia. Masa Dhiya jauh dari keluarga, dekat dia la yang Dhiya selalu meluahkan perasaan, maknanya kebanyakan rahsia remuk hati saya, sedih hati saya, ke stressan hati saya semua dia twu. Di sebalik kekerasan hati dia, terdapat banyak lembut dalam hati dia..erm fhm x dgn apa yang cuba dimaksudkan?hehe..fhmkan sendiri jer la.. kakak Dhiya seorang yang sgt kuat, mempunyai hati yang sangat kuat, Dhiya percaya apa pun dugaan yang dtg dia boleh tempuh dgn jayanya.. ^_^. erm tapi satu dia ni kalau buat lawak selalu tak jadi..mmg ssh nk jadi la citenyer an..haha..
satu-satunya kakak yang saya ada dalam dunia ni .. kakak kakdik sayang kakak sgt2..!!*wink =)



kakak yang pakai baju biru ni kakak Dhiya gak..hehe..xde la dia ni adik bwh Dhiya, Saidatul Nabihah nama diberi..dia ni tak mcm adik, tapi mcm kakak bagi Dhiya sebab dia agk mtg dari segi cara pemikiran dia. kalau nak debat politik ngan dia, ayah pun kalah..tu la jer la kelebihan dia..hehe. Dia memang boleh diharapkan lah..seorang adik yang sgt dengar cakap.. tapi kalau dia bad mood mmg scary, tapi ada saya kisah lagi teruk mood dia lagi seronok Dhiya kacau, kalau dia marah buat bodoh jer bagi senyuman plg manis kat dia, diam la dia..haha =P. Dia ni nampak jer berani, kasar tapi penakut kot, kalau usik dia dgn bab2 menyeramkan mmg terbaik..bwu usik skit.." serah!!! naik ats jap" hahaha..saya kat bawah hanya mampu ketawa..haha. pendek citer Dhiya mmg suka usik dia la, sebab dia ni agak penyabar sikit, lagi satu dia tak la cepat sgt touching..hati kental budak ni. beza umur kitarang just setahun so memang senang la nak masuk ngan dia.. kalau buat kerja apa2 pun dhiya lagi suka buat dengan dia sebab senang berurusan..suruh dia buat itu ini dia buat jer, sampai dia rasa bosan baru Dhiya bergerak untuk tolong..haha =P.. jahat kan saya..hehe.. KY aku syg kau! hehe


Adik manis di atas nama dia Saidatul Maisarah.. Serah ni boleh dikatakan tulang belakang kakak-kakak dia, sebab selalu nyer kalau kitarang malas nak buat kerja kitarang suruh dia jer la..hehe. Baik budak ni dengar cakap. Pandai buat kerja rumah. Lagi satu campak la mana-mana budak kat dia, senang jer dia layan. Dia memang suka budak-budak, semua budak2 suka kat dia. Satu jer dia ni, kalau buat sesuatu benda ni dia yang paling lambat, kalau org marah dia buat derk jer..masa itu lah, perasaan marah anda akn ter uji..hehe.
dia ni sgt lembut dan pandai jaga hati kakak2 dia.. Serah! kakdik syg kau gak..hehe =P


haha..ni gambar dia amek sendiri..lawak an..haha..
Dia ni la adik sayang Dhiya, Mohammad Aiman nama empunya diri.. masa Dhiya ngah buat entry ni dia ada disebelah..hehe. Dia memang teman gaduh saya..hari-hari ada jer benda nak usik dia.. Aiman ni manja gak budak nyer, ye la bongsu kan.. tapi rasanyer dengan Dhiya jer dia suka cari gaduh, sebab ngan Dhiya jer kot dia boleh main kasar-kasar..hehe. Lagi satu Dhiya memang suka kacau dia, kalau dia dah penat dia diam jer la. Kalau main game dengan dia paling best, kitarang bukan penat main, tapi penat gelak..haha. Pandai budak ni, result exam dia tak pernah mengecewakan. Harap dah besar nanti dia jadi seorang yang boleh diharapkan, sebab sekarang ni dia memang tak boleh diharapkan lansung..hehe.. and dia suka kacau saya buat kerja!!!!! ish geram betul! kau tengah baca an aiman? meh sini aku starlight kepala kau yang besar uh..teruji tahap ke cool an saya ngan budak ni..macam mana pun dia buat Dhiya dia tetap adik Dhiya yang saya sayang sgt2..!! Aiman kakdik syg aiman taw! =) ^_^

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

itu lah jer la, tiba-tiba nak citer pasal mereka.. apa pun yang berlaku kitarang tempuh sama-sama..
"AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"
begitu juga dengan kami..
kalau Dhiya susah macam mana pun, Dhiya tak risau sebab Dhiya twu diarang sentiasa ada dibelakang saya! hehe..

 akhir kata
 sayangilah keluarga anda.. ^_^


.








Saturday, June 23, 2012

DEATH ON HER WEDDING NIGHT!!! [True Story]


“After performing Salat Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”

Her mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see you! what about your make -up? It will be all washed away by water!!” then she added:

” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”
Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that “There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator.”!!

Her mother said:”what would our guests say about you when you’ll show up in your wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile :”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care

Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!

Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!

She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!

She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him! Subhana Allah!

She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!

O Muslim sister, imagine if you are in her place! What will you do? What will you choose : pleasing creations or your Creator?

O dear sister! Do you guarantee that you will live for the next minutes? Hours? Months?!!
No one knows when their hour will come? Or when will they meet angels of death? So are you ready for that moment?

O non-hijabi sister! What do you choose : Pleasing yourself by not wearing Hijab or pleasing your Lord by wearing hijab?

Are you ready to meet Him without Hijab?

And what about you, sister who are “in relationship” or “open relationship”, are you ready to meet your Lord today? Tomorrow?! What do you choose pleasures of this Dunya or pleasures of akhirah?!

May Allah guide us all to what pleases Him and grant everyone who is reading these lines good ending, Ameen.

[told by Shaykh “Abdul Mohsen al Ahmad”, it happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia)]


DON'T BE NICE TO ME



just like this song.. ^_^

Friday, June 22, 2012

ibu you are the number 1 for me..


Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.


Assalamualaikum.. ^_^
ibu ku ratu hati ku.. ingat lagi masa kecik-kecik dulu, agak nakal juga la masa uh..
masa uh sekolah rendah ag, tak bape nak ingat darjah bape..masa uh, ibu kata jangan main kat luar sebab ibu nak keluar, kat rumah tinggal adik ngan Dhiya jer, tapi hari uh memang dah set dah nak main apa  an.. adik kata jangan keluar sebab ibu tak kasi..pastu Dhiya cakap kat dia, ala..main kejap jer pastu masuk la balik sebelum ibu balik..sampai ibu balik kitarang tak habis main lagi..hehe, apa lagi masuk-masuk jer kena tibai..hehe. Ni lagi teruk, masa uh bulan puasa, dhiya baru masuk sekolah darjah satu, biasalah budak baru nak belajar puasa an..masa balik sekolah, member ajak g kantin..Dhiya beli nudget pastu kantoi ngan kakak..Dhiya cakap ngan dia jangan bagi twu ibu..dia pun ok jer satu kepala ngan Dhiya..sampai ke ptg ibu ingat Dhiya puasa, masa ibu ngah suap adik makan, ibu keluar kejap pastu Dhiya curi2 minum air..haha..Dhiya rasa ibu twu, tapi saje buat2 xtwu..hehe..Ni lagi satu, masa uh kitarang main basikal kat luar, ibu dah bagi twu jangan main sampai kat rumah flat kat belakang kawasan perumahan kitarang, biasalah budak tak faham bahasakan g main gak kat sana..balik rumah jer kena ngan ibu an..hehe. Dulu pening gak, kenapa lah ibu tak kasi main kat situ an..sebab tempat uh bahaya, kereta lalu lalang banyak..sekarang ni dah besar nak g situ pun takut, dulu berani sangat..huhu. ibu kata jangan mandi paloh, mandi gak..ibu kata jangan main dalam almari, main gak, tak de keje an..hehe..ibu kata jangan g mana-mana lepas balik sekolah, pergi juga...hehe.. Sekarang dah besar bwu la nak faham kenapa ibu tak kasi buat itu buat ini, sebab ibu sangat risaukan keselamatan kami adik beradik. Dengan pukulan ibu lah, menjadikan saya seorang insan sekarang ni. Banyak sangat pengorbanan ibu terhadap kami sekeluarga..banyak sangat pengorbanan yang ibu buat untuk kami, asalkan kami bahagia.. masa uh Dhiya darjah 6, naik bus g sekolah kena tunggu depan jalan raya besar uh, so kami kena jalan kaki nak ke sana, ibu bawa bag sekolah kami yang berat uh walaupun ibu ngah sarat mengandung..bila ingat balik kenapa lah aq macam uh tak reti bawa bag sendiri.. Saya sayang sangat ibu saya, walaupun saya sangat nakal masa uh, ibu sentiasa sabar dengan karenah kami adik beradik.. Ibu sangat tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa.. kakdik nampak ibu sangat kuat, tapi mungkin apa yang saya nampak mungkin hanya sedikit, saya tak nampak yang lain ag.. Terima kasih ibu, kerana melahirkan kakdik dan besarkan kakdik dengan penuh kasih sayang.. Kakdik sayang ibu sangat-sangat, tak terkata betapa bermaknanya ibu dalam hidup kakdik.. Terima kasih ibu atas segalanya.. Kakdik sayang ibu..kakdik akan berusaha sebaik mungkin supaya ibu tak menangis sebab sedih tengok perangai kitarang yg tak bape nak baik ni, kakdik akan sentiasa berusaha untuk buat ibu sentiasa tersenyum bahagia..Insyaallah ibu, kakdik sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu.. =)


cantikan ibu saya.. lagu ni sangat bermakna bagi saya untuk  ibu ..

YOU ARE THE NUMBER ONE FOR ME

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time

Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh

Number one for me




Thursday, June 21, 2012

iPhone 4S


Assalamualaikum.. ^_^
phone yang di atas itu nama nyer iPhone 4S..say hye to my new baby..haha..bajet jer an..
sekarang ni saya sangat menginginkan the white thing at above itu.
walaupun sekarang orang ramai tengah busy dengan iPhone 5..
tapi saya tetap mahukan iPhone di atas..!
actually i'm not one of that people who really interested with this kind of gadgets..
the one and only reason that i really want this smart phone because the name of this gadgets.. 4S! haha
macam pape kan..tapi tu jer la sebab nyer..
how can i get this iPhone..made a promise with my daddy? kalau kakdik dpt result sangat baik, ayah belikan..memang tak la, sebab tujuan saya belajar bukan sebab nak dapat hadiah tapi sebab masa depan saya ye..
or buat kerja yang i hate the most..part time job? lagi la tak..
what should i do!!??? 
kalau lah ada seorang putera yang terbaca entry nie, then tiba2 dia ter decide nak bagi iPhone 4S sebagai hadiah birthday saya..hehehe..indah nyer hidup...~(berangan skjp)~saje jer besarkan an..haha
macam mana pun one find day iPhone 4S tersebut akan menjadi milik saya yang sah..hahaha( gelak jht)hehe.
sebab nama dia iPhone 4S jer yang menyebabkan saya teringin sangat nak memiliki nyer...pelik tapi benar..
InsyaAllah, kalau diizinkan, dia ttp menjadi milik saya! ^_^





hahaha...agak senget di sini..saya mendownload begitu banyak gambar benda nie..search internet mencari maklumat tentang iPhone 4S ..nampak tak betapa mendalamnyer kasih sayang terhadap iPhone 4S ni..haha =P