Tuesday, May 28, 2013

Hamba ALLAH!

Allahuakhbar!!
Sesungguhnya diri ini milik Mu ya Allah
Segala nikmat yang kau beri tidak pernah ku menyukuri
Ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku..ampunkan aku..
Aku hamba Mu yang hina dan kerdil
Ya Allah masih kau ingin mendengar rintihan hamba Mu ini
walaupun telah banyak dosa yang aku buat..
Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Masih ingin kau memberi nikmat kepada hamba yang kerdil ini
masih ingin kau memberi kesedaran kepada hamba yang berdosa ini
tunduk ku malu di hadapan Mu kerana dosa-dosa ku
masih kau dengar rintihan ku..
masih kau dengar rintihan ku Ya Allah.
Allah...Allah...Allah
Kau Tuhan yang Satu
yang sentiasa ada bersama-sama hamba Mu
tidak pernah kau jauhi daripada hamba-hamba Mu
hanya hamba Mu yang tidak kenal erti syukur menjauhi Mu..
betapa rugi nya mereka.
Betapa beruntungnya mereka yang sentiasa berusaha mengejar cinta Mu.
kerana cinta Mu sentiasa ada dan kekal abadi.
Aku hamba Allah
Allahuakhbar.

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) ? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."

ayat 62 (Surah An-Naml)

Sunday, May 26, 2013

e-life~ =) my future.. ^_^

Assalamualaikum.. ^_^. Hari ini saya Saidatul Mardhiyah nak menaip sebuah cerita tentang apa yang saya buat hari ini. =). Ok hari ini Dhiya bertemu semula akak sayang saya Kak Aini. Kak Aini cakap dia nak
bawa saya jalan-jalan pergi kedai kawan dia. Dhiya buat treatment free sambil membuat derma, Alhamdullillah.. =). 


Korunk pernah dengar tentang e-life? ada yang pernah dengar ada yang tak pernah kan? Bagi siapa yang first time dengar tentang e-life ni Dhiya bagi penerangan sikit jer ye..maklumlah tak berapa nak meluas lagi ilmu tentang produk ni. E-life ni kita boleh juga kenali dia as electricity therapy. Lebih kurang macam produk Al-Jabbar la juga. Special nyer e-life ni treatment ni telah di perakui di peringkat antarabangsa. if i'm not mistaken produk ini juga telah digunakan di hospital di Jepun untuk perubatan Canser dan seangkatan dengannya lah. =). Kajian telah mengatakan penggunaan produk ni telah membawa kepada kesan positif. Sepanjang saya menggunakan produk ni, saya telah di beri penerangan. Conclusion yang saya faham tentang ceramah yang agak panjang lebar yang diberi..hehe..erm.. dalam badan kita terdapat banyak sangat charge positive dan kita juga terdedah kepada persekitaran yang boleh menambahkan lagi charge positif dalam badan kita such as handphone, laptop..ect. Jadi charge-charge dalam badan kita tak seimbang. Sebab tu badan-badan kita jadi lemah, lenguh2, pening and what so ever la. Jadi e-life ni dia memberi kita charge negative untuk menyeimbangkan hormon , charge dalam badan kita. That's why treatment ni kena buat secara consistent, bila kita rasa dah betul2 ok kita boleh selang berapa kali kita nak buat. Ini kefahaman Dhiya sahaja kalau rasa apa yang saya faham ni tak betul, pergi jumpa pakar mereka akan terangkan dengan lebih detail, trust me you'll never disappointed. 

Ok selepas tamat sesi class e-life tadi, saya telah dipertemukan dengan orang yang hebat-hebat. Salah seorang pemegang saham franchise produk electricity therapy ini umurnya sama baya dengan saya 21 years old. Level confident dia memang sangat matang. Dan hari ini juga saya dipertemukan dengan salah seorang sharehoder juga kalau tak silap saya lah. Kak Aini bawa saya, kami empat orang duduk satu meja. Masa tu dia otw nk makan tiba-tiba kitarang menyibukan, maafkan kami..^_^. Orang yang hebat yang saya katakan ini adalah En. Nazri berumur 23 tahun seorang belia yang sangat berwawasan yang saya rasa Malaysia perlu ada orang macam dia. He told me a lot about e-life, about life, about people around us..dan sepanjang dia bercerita dia sangat berdisiplin, kita boleh kata dia seorang yang educated lah banyak benda dia tahu. He said he love accounting too..=). Dia cakap biasa jer, macam kita borak-borak dengan abang-abang kita, tapi semuanya perkara yang berguna sikit pun dia tak merepek. sepanjang duduk kat situ dia buat Dhiya rasa  tak selesa sikit, tak selesa sikit jer sebab semangat dia kot, dan dia sedang bersembang dengan seorang budak yang agak suka main-main. =) Sebab Dhiya mengantuk sangat, Dhiya dengar apa dia cakap tapi dalam hati "bila la aku boleh balik ni, Nazri saya mengantuk ni buat la lawak sikit" siapa yang mengenali diri ini saya memang begitu. hehe. Walaupun dalam keadaan keletihan saya dapat banyak sangat perkara yang berguna dari dia. Saya telah di suntik semangat baru yang saya nak jadi macam dia dan jadi lebih baik dari dia. Selain dari Nazri, saya telah diperkenalkan dengan ramai sangat orang yang hebat-hebat, disebabkan saya ni biasa-biasa jer saya berasa sangat merendah diri, semangat tu ada tapi tak seronok..sebab ego. Saya kena buang ego itu, buka hati buka minda terima segala teguran. Paling best nyer diarang layan saya macam dah lama kenal saya..seronok. Diarang tak sombong, masa nak balik tu bersalaman la dengan insan-insan ini diarang cakap jumpa lagi. even member sorunk ni saya diperkenalkan kepada dia masa nak balik dah, tak borak apa pun, salam dia and she said "jumpa lagi" seronok sangat sebab diarang murah dengan senyuman and ilmu dan sangat ramah..=). Rasa bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka ni. Tak twu lagi bila lagi boleh jumpa diarang. Kalau ada jodoh jumpa lagi..^_^.Last sekali, nak twu apa yang saya rasa and niat dalam hati lepas borak dengan Nazri.. selepas ini saya akan tundukkan pandangan daripada lelaki, saya nak kejar cinta Allah dan bila saya berjumpa lagi dengan dia selepas ni atau sesiapa dari kalangan mereka saya ada sesuatu yang berguna yang boleh diceritakan. InsyaAllah.. Assalamualaikum..^_^.


Saturday, May 25, 2013

Kesempurnaan Mu


Sesungguhnya aku...
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu..
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu..
Tapi aku tidak mengerti..
Mengapa cinta masih tak hadir..
Aku tidak mengerti..
Mengapa rindu masih belum berbunga..
Sesungguhnya walau ku kutip semua permata di dasar lautan..
Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit Mu..
Namun cinta takkan hadir...
Namun rindu takkan berbunga..
Ku cuba menghulurkan..
Sebuah hadiah kepada Mu..
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri..
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga..
Tapi mungkin airnya tidak sesegar telaga kautsar..
Jika tidak mengharap rahmat Mu..
Jika tidak menagih simpati Mu..
Pada Mu ya Allah..
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepada ku..
Tuhan kurniakanlah rindu ku kepada Mu..
Moga ku tahu..
Syukur ku adalah milik Mu..

Sunday, May 12, 2013


just be yourself..don't have to be anyone else..
FAKE??
absolutely NOT you..
hey..buddy! you don't have to worry because ALLAH is with you..with us.. always.. =)

THIS IS FOR YOU











^_^