Saturday, October 1, 2011

JIKA AKU JATUH HATI

Ya Allah. jika aku jatuh cinta, cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati ku padanya
agar tidak berpaling daripada hati mu
Ya, Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan Mu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada Mu..Amin Ya Rabbal Alamin...

..................................................................................

"Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah"
riwayat muslim

kalau kita mencari cinta pada manusia, belum tentu kita temui cinta sejati..
kalau kita mencari cinta pada Ilahi, Dia pasti menerima cinta kita..
dan itulah cinta hakiki.

NASIHAT AYAH..


Jangan suka makan asam nanti boleh melamahkan otak ok..


hye..hehe
semalam ayah call, tanya khabar and pasal duit ada lagi x? hehe
Ayah tanya macam mana belajar, ok?
Dhiya jawab.. "hmm boleh la..orang akan buat yg terbaik ye ayah, ayah doakan orang ye".
Ayah kata jangan lupa makan, jangan makan maggie, makan nasi..!hehe
cuba teka sebab apa ayah cakap jgn lupa makan?hehe
sebab masa SPM dulu, Dhiya pernah study sampai terlupa nak makan..bajet rajin jer an masa uh..hehe
lepas habis tamat perbualan ayah n anak..(ayat an)..hehe
ayah sent message.." jangan suka makan asam nanti boleh melemahkan otak ok.."
Dhiya hanya mampu tersenyum baca msg uh..sebab start Dhiya menyebakkan diri ke dalam kancah exam..hehe..wah! macam teruk sgt jer exam nie an..haha
my daddy selalu bagi nasihat macam uh..dari darjah satu, sampai sekarang..nasihat yg sama..ayat yg sama..hehe
Dhiya memang tak suka makan asam
ayah ni tak ada nasihat lain ke kan..bad gurl! haha
Dhiya just jawab.."baik ayah". hehe
kalau dulu Dhiya agak bosan dengar nasihat yg sama..tapi sekarang Dhiya rasa, nasihat ayah..kata-kata ayah macam satu semangat untuk Dhiya..
memang la, kata-kata orang yg kita sayang adalah satu semangat untuk kita..haa ayat an..
tapi apa yg Dhiya rasa..bukan hanya semangat tapi kasih sayang..
yg Dhiya nak highlight kt sini..mungkin nasihat yg mak and ayah kita bagi, kita macam nak dengar tak dengar jer an..
rasa macam malas jer nak dengar an masa diarang membebel an..
pakai baju uh elok2 sikit..
tudung mana??
nak pergi mana??
balik pukul bape??
asal balik lambat sgt??
don't do this..don't do that..
same advise..same sentence..sampai boleh hafal apa yg bakal didengar an..hehe
cuba korang fikir, kenapa diarang selalu bagi nasihat yg sama..
sebab diarang tak nak anak-anak diarang buat kesilapan yg sama atau buat kesilapan pada masa akan datang..sebab diarang sayang anak-anak diarang..
ayah and ibu..nak anak-anak mereka berjaya..
mama and papa..tak nak anak-anak mereka tersalah pilih jalan..
umi and walid..tak nak anak-anak mereka dimurkai..
daddy and mummy..tak nak anak-anak mereka hidup susah..
anak-anak mereka adalah satu amanah yg diberi oleh Allah s.w.t..
ayah yg akan dipersoalkan nanti..kenapa anak-anak mereka jadi macam uh..
tolong ayah kita..ringan kan beban mereka ketika mereka di sana nanti..
masa korang melawan cakap diarang, korang twu tak apa yg diarang rasa..??
diarang rasa sedih..
anak yg diarang besarkan dari kecik sampai ke besar..buat diarang macam uh..
diarang rasa bersalah, sebab tak jaga anak-anak mereka betul2..
nak kew diarang rasa macam uh?pdhl kita yg tak reti2 nk dengar apa yg diarang cakap?
korang pernah tengok ibu, umi, mama korang mengalirkan air mata, lepas korang melawan cakap diarang?
pernah??
korang twu tak diarang penat, balik kerja nak masak, kemas rumah, layan suami, lepas uh nak layan kerenah anak2 lagi..
korang twu tak.. masa korang sakit ibu tak tidur sebab jaga korang?
ibu tak ada selera nak makan sebab tengok korang tak bermaya?
korang demam sikit jer pun, ayah sanggup bangun pagi2 buta uh, hantar korang g clinic..
macam esok, korang nak KO an..
korang twu tak betapa susah nyer hati ayah n ibu masa korang balik lewat malam, tapi korang tak reti2 nak bagi twu diarang mana korang pergi?
kenapa nak buat diarang susah hati??
hmm
kasih sayang ibu dan ayah untuk kita sangat dalam..
and sebenarnya korang pun tak dapat twu sedalam mana kasih sayang mereka terhadap korang..
ada pepatah mengatakan..
seorang ibu sanggup berkorban untuk anak-anak..tapi tak ada seorang anak pun yg sanggup berkorban untuk seorang ibu.
why????
tepuk dada tanya iman.
ibu...sangat tabah dalam melayani kerenah anak2..
ayah..sangat kuat untuk jaga makan minum anak-anak..
mereka sanggup berskg mata supaya anak-anak cukup pakai, makan minum, hidup senang..
sanggup berhabis duit untuk hantar anak2 belajar..
dan sebenarnya banyak lagi pengorbanan yang ibu and ayah dah lakukan semata-mata untuk kita, anak-anak
mereka..and kta tak pernah tawu nak hargai mereka.
mereka sanggup berkorban apa sahaja, demi melihat anak-anak mereka tersenyum..
hargailah mereka sementara masih sempat..
jagalah hati mereka sementara masa masih ada..
jadilah anak-anak yang baik untuk mereka..
percayalah
tak ada apa yg ibu dan ayah minta selain melihat kebahagiaan anak2..
........................................................

peringatan untuk ank2 diluar sana n untuk diri saya sendiri..