Sunday, September 30, 2012

cita-cita untuk menjadi lebih baik


Niat untuk jadi lebih baik itu ada..
tapi..kenapa tidak sampai ke situ lagi?
kita sedar dunia ini hanya sementara, bila-bila sahaja pasti dijemput untuk menghadap Ilahi..
tapi..kenapa tiada perubahan?
Rasa malu itu ada datang bila tidak menutup aurat sepenuhnya..
tapi..kenapa masih tidak menutup aurat dengan baik?

Ye ada niat dan teringin untuk menjadi seperti ini..
 
cantik dan terpelihara..tapi kenapa tiada mampu untuk jadi begini?
kenapa ada perasaan macam itu?
tidak mampu???
kita tahu apa yang baik apa yang tidak.. tapi masih melakukan perkara yang sama.
kenapa?

sebab itu kita mahukan pasangan yang mampu bimbing kita ke arah kebaikan..
supaya kita dekat dengan pencipta kita..
Semua wanita inginkan perkara yang sama..
tapi kita juga perlu perbaiki diri kita supaya kita layak untuk dia yang baik dari segi akhlaknya..
Kalau kita baik, kita akan dapat yang baik..kalau kita jahat kita akan dapat yang jahat..
itu sudah di tentukan..

Sampai bila kita harus begini??
sampai bila..
kadang-kadang datang kesedaran itu, tapi hanya sementara..
apa yang harus kita lakukan?
berusaha lah..tolonglah berusaha untuk jadi yang lebih baik..


Jangan biarkan niat itu terkubur begitu sahaja..
Janganlah memandang kami yang begini dengan pandangan yang mengatakan kami ini jahat dan tidak boleh berubah..datanglah mendekati kami, supaya kami mampu jadi umat Islam yang sempurna.
Dengan izin Allah semuanya tiada yang mustahil.
Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.


Akhir kata...





Saturday, September 29, 2012

kenangan bersama seksyen Hasil.. :')


Assalamualaikum..  ^_^.. ye agak lama tak mengupdate blog ni, sibuk ler kata kan..hehe. Bukan apa sebab tak ada benda nak di taip kan, so tak ada la entry baru..huhu. Tapi hari ini saya nak cerita tentang hari-hari saya bersama seksyen hasil yg sgt saya kasihi.. =).. First day start latihan industri saya rasa ok, walaupun hari pertama sudah banyak kereje..hehe. Dhiya tak ambil masa yang agak lama untuk sesuaikan diri sebab akak2 kat situ semua nyer baik-baik belaka.. Kak Dila, Kak Ina, Kak Wan, Kak Firda, Abg Wan and VIP seksyen hasil Encik Ahmad Pesol bos Dhiya..hehe. Seronok sangat praktikal di bawah En. Mad banyak yang Dhiya dapat banyak sangat ilmu yang diturunkan. Bila ada kutipan hasil diarang mesti ajak Dhiya, walaupun Dhiya sekadar menyibuk jer kat situ tak la tolong apa pun. Tapi diarang still ajak Dhiya..hehe. Siyes dari program kutipan hasil uh Dhiya banyak belajar..paling best akak2 sangat pemurah dengan ilmu, Dhiya tanya apa jer diarang mesti jawab sampai Dhiya faham. Banyak sgt yang Dhiya dapat daripada mereka. Last day Dhiya with them,..huhu.hmm. Pagi uh diarang ada sediakan makanan, mula-mula Dhiya ingat ada mesyuarat tapi start jer jamuan uh, Kak Ina cakap sebenarnya ini untuk raikan Sai sebab dia dah banyak tolong. Dhiya rasa tak la seberapa pertolongan yang Dhiya bagi daripada Ilmu yang mereka beri kat Dhiya. Siyes Dhiya rasa terharu sgt, rasa sgt di hargai. Dhiya rasa sedih sangat nak tinggalkan seksyen Hasil sebab diarang baik sangat dengan saya. Tak pe la saya di situ untuk belajar, bila saya dipindahkan bnyak tempat lagi banyak ilmu yg sy dapat.. InsyaAllah. Allah beri kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Masa Dhiya nak pindahkan barang-barang Dhiya, masa uh senanyer tengah tahan nangis..haha. siyes weyh rasa sedih sgt nk pindah mungkin sebab dah 3 bulan Dhiya bersama hasil, dah biasa duduk situ..huhu. Allahuakhbar..Dhiya harap semuanya berjalan lancar sampai Dhiya habis praktikal nanti..Amin.. Allah sentiasa ada dengan kita.. 






 TERIMA KASIH SEKSYEN HASIL..KENANGAN BERSAMA AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.

Akhir kata
Buat baik la dengan orang, orang pun akan baik juga dengan kita..
buat kerja dengan hati yang Ikhlas, balasan yang baik pasti kita dapat.. InsyaAllah.
Wasalam.. ^_^