Saturday, April 14, 2012

because i miss u

Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today
Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?
Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

really..really..really miss u!!!!!!!!!!

Friday, April 13, 2012

pengalaman ancaman tsunami

Assalamualaikum...
Pada 11/04/2012 kami di gemparkan dengan ancaman tsunami..masa uh Dhiya ada dalam bilik, tiba-tiba ada member dari pinang bg twu Dhiya, pinang rasa getaran...ramai panik dan lari turun bawah. Dekat Arau pun diarang kata rasa, tapi Dhiya tak rasa apa-apa. Member Dhiya yang duduk aras atas Dhiya, diarang kata kerusi diarang bergegar, ingat ada orang main2, tapi memang gegar betul2, diarang kata almari, meja, katil diarang semua bergerak. Lepas uh, member Dhiya kata diarang terima amaran tsunami termasuk negeri yang Dhiya stay sekarang nie. Hanya Allah sahaja twu perasaan Dhiya masa uh. Dhiya ada dengar cerita, dari mangsa sebenar tsunami yang terselamat dari bencana itu, ketika dia cuba menyelamatkan diri dari dibawa arus tsunami dia nampak macam2 semasa di dalam laut uh, dan dia kata satu jer yang dia fikir masa uh betapa berharganya setiap saat yang kita ada di dunia ini untuk beribadah kepada Allah. Masa Dhiya dapat twu, negeri yang Dhiya berada sekarang ni pun turut menerima amaran..itu baru amaran, Dhiya pun fikir yang sama, setiap saat di dunia ini sangat berharga, dan amat rugi jika kita tidak isi masa tu dengan beribadat kepada Allah. Dhiya call ibu, masa uh Dhiya tak twu negeri ni turut menerima amaran, Dhiya just tanya tentang berita terkini, tapi tiba-tiba Dhiya rasa sedih, sebab Dhiya ada dengar yang Acheh dah diserang tsunami, tapi sebenarnya belum lagi cuma mereka mengalami gegaran yang agak kuat iaitu 8.9 hitchr selama 4 minit..lama an..Subhanallah, kalau Dhiya ada di tempat mereka..tak twu la apa nak jadi dengan diri ini. Pertama kali seumur hidup Dhiya terima amaran tsunami..satu pengalaman yang tak mungkin Dhiya lupa kan. 

ujian yang Allah turunkan adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Nya..Dia tak nak kita leka dengan keindahan palsu dunia, jadi Dia turunkan ujian untuk kita supaya kita terus mengingati Nya.

Wednesday, April 11, 2012

sempurna...
cerita yang tidak sempurna...
apakah alasannya...?
siapakah dihatinya...?
bahasa ku..mungkin tidak seindah, lafaz kata pujangga, namun ku bersumpah..
rela ku tunggu jawapan mu..
masihkah aku ada di hati mu..
saat ini..biar tubuh ku kan terpaku, biar jasad ku tak bernyawa lagi, sampai nanti...

saya terharu... tapi ini mungkin sekadar ayat, sanggup ke tunggu saya lagi?
kita tunggu sikit masa lagi..mungkin ada jawapannya.. 

Sunday, April 8, 2012

IKHLAS KAN HATI

ASSALAMUALAIKUM

Untuk entry ini, saya hanya nak minta maaf kepada siapa yang pernah saya sakit kan..maafkan saya..
kata-kata saya, kelakuan saya, apa sahaja yang pernah saya buat..maafkan saya..
saya tidak sempurna, saya hanya manusia biasa yang setiap hari ada sahaja salah yang akan saya lakukan.
tidak terniat langsung di hati untuk menyakiti.
saya meminta maaf daripada semua yang mengenali diri ini..
saya harap dengan hati yang ikhlas awak semua sudi memberi maaf  kepada saya. 
dan di sini juga ingin saya berterima kasih pada siapa yang sudi berkunjung ke dhiya's blog.
serius, saya sendiri tak menjangkakan kunjungan yang sebegeni kerana dhiya's blog tak de la best sangat..hehe.
cerita Dhiya jer pun yang banyak tapi di dhiya's blog juga ada maklumat-maklumat yang saya rasa perlu di beritahu dan di kongsi dengan saudara-saudara saya.
kepada siapa yng pernah terguris dengan penulisan saya di dhiya's blog, saya minta maaf..
sangat..sangat..sangat..minta maaf, seperti yang saya katakan tadi saya tidak sempurna.
sekali lagi..saya harap dengan hati yang ikhlas awak semua sudi memberi maaf  kepada saya. 
hidup kita di dunia ni hanya sementara, jika ditakdirkan esok  atau sebentar lagi kita akan menghadapkan
Tuhan kita, saya harap dengan maaf yang diberi dengan ikhlas memudahkan proses itu nanti.
Dengan maaf itu juga akan memudahkan segala urusan yang kita perlu selesaikan.
Sedangkan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammnad pun mudah memaafkan, apatah lagi kita hanya manusia biasa.
maafkan saya emm.. 


Sunday, April 1, 2012

CERITA DI SEBALIK "APRIL FOOL"

ASSALAMUALAIKUM..
Setiap tahun pasti ada jer yg menyambut hari April Fool yg jatuh pada tanggal 1 April. Dhiya yakin ramai diantara kita twu yg menyambut April fool nie haram..tapi ada juga yg mungkin tak twu hukum mnymbut perayaan ini haram..Di sini Dhiya ingin berkongsi cerita disebalik April fool..sama-sama kita renungkan..



Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Hukum meraikannya

Di sini terdapat sebuah hadis yang bermaksud:

 “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah di dalam kalangan mereka”

jadi jelas disini hukum meraikan april Fool adalah haram disisi islam kerana menyerupai orang kristian. renung2kan..