Monday, December 19, 2011

kisah sejarah Ainul Mardhiah..( Bidadari Syurga )

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.


Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.


Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.


Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.


Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.




Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri


Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita


Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Menanti Di Barzakh

Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di Barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin penanda syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.


rahsia seorang lelaki ghuraba

P :: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?

L :: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
P :: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
... L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
P :: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
... L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
P :: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L :: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P :: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L :: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka.



Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) berubah menjadi solehah sedikit demi sedikit. ♥


Mengapa gelisah dan putus asa? "Aku tak layak dapat dia yang soleh..". Optimislah! Semua diberi peluang dan masa untuk berubah. Ubahlah. Akhirnya si dia yang kamu dambakan mampu kamu miliki jua suatu hari nanti. Yakin pada diri dan imanmu. Sandar pada Tuhanmu.


..:: Jodoh yang didamba mampu kau gapai dari tahajjud ::..

Thursday, December 8, 2011

IMAN

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir. Iman manusia boleh berkurang dan bertambah, dari apa yang Dhiya belajar dan maklumat yang Dhiya perolehi nilai ikrar  yang selalu kita ungkap itu tidak selalu sama. Ikrar atau pernyataan kerana memperoleh satu berita, tidak sama dengan  melihat persoalan  itu terus dengan kepala mata sendiri. Pernyataan yang kita terima dari satu orang tentu berbeza dari pernyataan yang kita peroleh dari dua orang. Oleh kerana itu, Ibrahim ‘alaihis sallam pernah berkata seperti yang dicantumkan oleh Allah dalam Al-Qur’an.

Ertinya: “Ya Rabbku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati.”

Allah berfirman: “Apakah kamu belum percaya?” Ibrahim menjawab: “Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya.” (Qs.Al-Baqarah : 260)

Iman akan bertambah bergantung pada pengikraran hati, ketenangan dan kemantapannya. Manusia akan mendapatkan hal itu dari dirinya sendiri, maka ketika menghadiri majlis zikir dan mendengarkan nasihat di dalamnya, disebutkan pula tentang syurga dan neraka ; maka imannya akan bertambah sehingga seakan-akan ia menyaksikannya dengan sendiri. Namun ketika ia lengah dan meninggalkan majlis itu, maka boleh jadi keyakinan dalam hatinya akan berkurang. Iman juga boleh bertambah berdasarkan pada pengucapan. Orang berzikir sepuluh kali tentu sekali berbeza dengan orang yang berzikir seratus kali. Seterusnya, hanya orang beribadah dengan sempurna sahaja akan bertambah imannya berbanding dengan orang yang ibadahnya kurang. Begitu juga dengan amal perbuatan, orang yang amalan dengan anggota badannya lebih banyak daripada orang lain, maka imannya juga akan bertambah. Tentang bertambah atau berkurangnya iman, ini telah disebutkan di dalam Al-Qur’an mahupun As-Sunnah. Allah Ta’ala berfirman:

Ertinya: “Dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab yakin dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya.” (Qs. Al-Mudatstsir: 31)

Ertinya: “Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: ‘Siapa di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini ?” Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.” (Qs. At-Taubah: 124-125)

Apa yang menyebabkan iman kita bertambah? ini ada beberapa sebab:

1]. Mengenal Allah (Ma’rifatullah) dengan nama-nama (asma’) dan sifat-sifat-Nya.
Setiap kali marifatullahnya seseorang itu bertambah, maka tak diragukan lagi imannya akan bertambah. Oleh karena itu para ahli ilmu yang mengetahui benar-benar tentang asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya lebih kuat imannya daripada yang lain.

[2]. Memperlihatkan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Allah yang berupa ayat-ayat kauniyah maupun syar’iyah.
Seseorang jika mau memperhatikan dan merenungkan ayat-ayat kauniyah Allah, iaitu seluruh ciptaan-Nya, maka imannya akan bertambah. Allah Ta’ala berfirman:

Ertinya: “Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan.” (Qs. Adz-Dzariyat: 20-21)
Ayat-ayat lain yang menunjukkan bahwa jika manusia mau memperhatikan dan merenungkan alam ini, maka imannya akan semakin bertambah.

[3]. Banyak melaksanakan ketaatan.
Seseorang yang mau menambah ketaatannya, maka akan bertambah pula imannya, apakah ketaatan itu berupa qauliyah maupun fi’liyah. Berdzikir -umpamanya- akan menambah keimanan secara kuantitas dan kualitas. Demikian juga solat, puasa, dan haji akan menambah keimanan secara kuantitas mahupun kualitas.

Penyebab berkurangnya iman adalah vise versa daripada penyebab bertambahnya iman, iaitu:

[1]. Jahil terhadap asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya.
Ini akan menyebabkan berkurangnya iman. Kerana, apabila mari’fatullah seseorang tentang asma’ dan sifat-sifat-Nya itu berkurang, tentu akan berkurang juga imannya.

[2]. Berpaling dari tafakkur mengenai ayat-ayat Allah yang kauniyah maupun syar’iyah.
Hal ini akan menyebabkan berkurangnya iman, atau paling tidak membuat keimanan seseorang menjadi tidak pernah berkembang.

[3]. Berbuat maksiat.
Kemaksiatan memiliki pengaruh yang besar terhadap hati dan keimanan seseorang. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Tidaklah seseorang itu berbuat zina ketika melakukannnya sedang ia dalam keadaan beriman.” [Al-Hadits].

[4]. Meninggalkan ketaatan.
Meninggalkan ketaatan akan menyebabkan berkurangnya keimanan. Jika ketaatan itu berupa kewajipan lalu ditinggalkannya tanpa uzur, maka ini merupakan kekurangan yang dicela. Namun jika ketaatan itu bukan merupakan kewajipan, atau berupa kewajiban namun ditinggalkannya dengan uzur (alasan), maka ini juga merupakan kekurangan, namun tidak dicela. Kerana itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menilai kaum wanita sebagai manusia yang kurang akal dan kurang agamanya. Alasan kurang agamanya adalah karena jika ia sedang haid tidak melakukan solat dan puasa. Dari apa yang Dhiya dapat dari ustaz yang ajar Dhiya iman wanita yang sedang uzur sama banyak dengan orang yang melakukan ibadah bila ketika uzur dia sangat merindukan ibadah ingin sentiasa dekat dengan Allah.
Namun ia tidak dicela kerana meninggalkan solat dan puasa itu ketika sedang haid, bahkan memang diperintahkan meninggalkannya. Akan tetapi jika hal ini dilakukan oleh kaum lelaki, maka jelas akan mengurangkan keimanannya dari sisi yang Satu ini.
[Disalin dari kitab Fatawa Anil Iman wa Arkaniha, yang di susun oleh Abu Muhammad Asyraf bin Abdul Maqshud, edisi Indonesia Soal-Jawab Masalah Iman dan Tauhid, Pustaka At-Tibya
.................................................................................

Assalamualaikum... ^_^
untuk entry kali ini Iman..pada Dhiya setiap hari kita melakukan ibadah kadang-kadang kita rasa kita lakukan dengan bersungguh-sungguh kadang-kadang tak. Dhiya jadi nak twu macam mana iman kita boleh bertambah dan berkurang. Jadi hasil dari yang Dhiya pernah belajar dan maklumat yang Dhiya dapat hasil dari search internet Dhiya share ngan korang. Harap-harap maklumat ni membantu serba sedikit untuk menambah dan memantapkan lagi iman kita sebagai hamba Allah.
^_^

Tuesday, December 6, 2011

rutin waktu cuti

hye ^_^
ok..untuk memenuhi hari ini dengan benda yang agak berfaedah Dhiya start dengan m'update blog!
yeah! XD
sekarang ni Dhiya sedang melayari waktu yang sangat bahagia..haa ayat an..
CUTI SEM! yeah!
no books! no alarm!? wuhoo!
cuti pun nak kecoh an.. hehe =P
cuti-cuti ni walaupun best tapi..........................
setiap pagi bangun..mandi..makan..tv..game..kalau boring keluar..
untuk pengetahuan saya memang seorang yg x suka buat kerja rutin!
do the same thing everyday?? uh..uh.. not me!
ni la kerja Dhiya sepanjang cuti sem yang belum nak habis ni..
yeah..tv at my home dah memang jadi kawan baik Dhiya sejak lahir lagi..
kalau bosan tak twu nak buat apa..si tv ni twu jer nak buat apa untuk menghilangkan bosan Dhiya..hari uh tengok money drop dengan ayah..kebanyakn soklan yg keluar semuanya ayah boleh jawab..pastu ayah cakap sebab ayah banyak membaca dari dulu sampai sekarang..
pastu adik Dhiya jawab .."tu la kakyang tak banyak membaca dulu smpai sekarang..hahaha..senget ckit bdk uh..hehe
pastu adalah ayah buat lawak lak sampai kitrang pun dah tak twu nak berhenti ketawa an..hahaha
family sentiasa menceriakan kehidupan kita an.. ^_^
tapi dah besar2 ni macam dah tak nak jadi kawan tv uh pun ada gak..tolong lah letak cerita yang best sikit..huhu. sorry tv..kawan xboleh nak paksa2 kan..hehe =P


PSP!
dia ni kira macam pengganti tv td la an..rasa2 macam dah bosan tengok tv, Dhiya layan game!
Dhiya kaki game??salah! salah!
sebab tangan Dhiya yang main..xpernah lagi Dhiya main dengan kaki..ok! hehehe =P
benda ni la yang Dhiya hadap setiap hari..complete kan every goals yang ada an..
kiranya kalau xde warna pink ni, my life like....................nothing..wah! terlebih sudah..hehe
mmg teruk la Dhiya keje kan benda ni, ayah cakap kalau rosak jgn minta baru..hahaha
aiman cakap "asyik kakdeq jer yg main game" haha
excuse me? dia pun asyik hadap game dia jer..
siyes thanks to pink sebab of u my life lebih bermakna..
bahasa pun dah xbetul.. saje nak menceriakan keadaan.. ceria kew?? haha =P
sorry.. ^_^

  
yang ni Dhiya suka buat.. makan!! haha
makan Dhiya memang xpernah bosan..
tengok tv..main game mesti ada makanan sekali..
duduk rumah ni la kerja Dhiya..makan..makan..
sampaikan kalau ibu tanya pasal makan mesti tanya Dhiya dulu..haha
sweet an..haha
strawberry coklat! pergh sedap gler..
rindu lak kat room mate..hehe
hari uh kitarang ada buat strbrry cklat ni..member beli strmbrry, pastu beli coklat..
ktarang cair kan cklat uh dengan air panas..
kirang panas kan air, kitarng ltk air pns uh dlm mangkuk, coklat uh asingkan dalam cawan yg lain..
cawan yg diletakkan coklat uh, letak dalam mangkuk yang diisi dengan air panas td..
pastu cair la coklat uh..haa dh macam nak buat buku resepi lak an..
tp ending cite ni,mmg happy ending la an cite nyer..sebab memang terbaik la strwbry coklat yg kitarang buat wuhoo! ni yg rasa nk g makan nie.. haha ^_^


apa ni??? ini lah miniLyrics yang Dhiya download from minilyrics.com.my
keje Dhiya kalau dah bosan tahap maksimum Dhiya melalak la dengan minilyrics ni..
minilyrics ni juga membantu disaat anda sedang mengalami tekanan ye..hehe
 

wuhoo! ni yang paling Dhiya sukerrrrrrrrrr! hahaha XD
novel2 Dhiya..sebenarnya banyak lagi, ceh berlagak lak an..
aset ni..hehe
baca novel tak pernah rasa bosan..
kalau nak twu novel2 di atas adalah hasil dari novelis yang Dhiya salute habis la "RAMLEE AWANG MURSHID"..
fisrt novel hasil dari RAM yang Dhiya beli " CINTA SUFI".
sebab masa uh rasa macam dah bosan baca novel cinta jer an..cuba la plak beli novel thriller..
hah! tiba2 macam dah jatuh hati lak dengan cerita-cerita beliau..hehe
ramai member Dhiya cakap best kew novel macam ni, bagi Dhiya siapa yang minat cerita yang ada aksi and korang ada imaginasi yang tinggi boleh la dapat kan karya RAM..hehe.
siyes cerita from RAM memang memerlukan imaginasi yang tinggi kalau tak confirm korang tak faham apa yang korang baca..itu just pendapat Dhiya la, tak twu yang lain macam mana lak an.
novel cinta sekarang Dhiya kurang layan lepas baca novel RAM.
Jalan cerita novel hasil RAM siyes best gler..xcaye?? cuba baca..confirm nak baca lagi.
macam novel-novel yang Dhiya tunjuk di atas uh..novel trilogi karya RAM.
Bermula dengan
"BAGAIKAN PUTERI" > "CINTA SANG RATU" > "HIJAB SANG PENCINTA" > "CINTA SUFI" > "SUTERA BIDADARI"..
habis sutera bidadari tak sure ada sambungan lagi kew tak..rase macam ada.. ^_^
argh! siyes Dhiya memang gler dengan karya RAM, hari uh an ada pesta buku, RAM turun padang jumpa dengan peminat-peminat dia, memang tak la Dhiya boleh tak pergi, kecewa gler kowt..
nak buat macam mana mungkin dah tak ada rezeki an.. ^_^
sorry buat drama sikit..hehehe
ok..panjang lebar lak Dhiya cerita pasal novel ni an..tapi siyes la cerita-cerita RAM memang best..
ok Dhiya berhenti sekarang..haha =P
........................................................................................

haa..ni la rutin Dhiya sepanjang cuti sem yang baru nak mula ni..baru kew?? pape jer la..
korang buat ap lak??
buat la ap2 yg korang nak buat tapi jangan buat benda yang merugikan masa and diri sendiri sudah la ye..
   Salam sayang from Dhiya..eceh..hehe
siyes la salam sayang dari Dhiya, jaga diri elok-elok ok! ^_^


Saturday, October 1, 2011

JIKA AKU JATUH HATI

Ya Allah. jika aku jatuh cinta, cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati ku padanya
agar tidak berpaling daripada hati mu
Ya, Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan Mu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada Mu..Amin Ya Rabbal Alamin...

..................................................................................

"Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata dan sebaik keindahannya adalah wanita solehah"
riwayat muslim

kalau kita mencari cinta pada manusia, belum tentu kita temui cinta sejati..
kalau kita mencari cinta pada Ilahi, Dia pasti menerima cinta kita..
dan itulah cinta hakiki.

NASIHAT AYAH..


Jangan suka makan asam nanti boleh melamahkan otak ok..


hye..hehe
semalam ayah call, tanya khabar and pasal duit ada lagi x? hehe
Ayah tanya macam mana belajar, ok?
Dhiya jawab.. "hmm boleh la..orang akan buat yg terbaik ye ayah, ayah doakan orang ye".
Ayah kata jangan lupa makan, jangan makan maggie, makan nasi..!hehe
cuba teka sebab apa ayah cakap jgn lupa makan?hehe
sebab masa SPM dulu, Dhiya pernah study sampai terlupa nak makan..bajet rajin jer an masa uh..hehe
lepas habis tamat perbualan ayah n anak..(ayat an)..hehe
ayah sent message.." jangan suka makan asam nanti boleh melemahkan otak ok.."
Dhiya hanya mampu tersenyum baca msg uh..sebab start Dhiya menyebakkan diri ke dalam kancah exam..hehe..wah! macam teruk sgt jer exam nie an..haha
my daddy selalu bagi nasihat macam uh..dari darjah satu, sampai sekarang..nasihat yg sama..ayat yg sama..hehe
Dhiya memang tak suka makan asam
ayah ni tak ada nasihat lain ke kan..bad gurl! haha
Dhiya just jawab.."baik ayah". hehe
kalau dulu Dhiya agak bosan dengar nasihat yg sama..tapi sekarang Dhiya rasa, nasihat ayah..kata-kata ayah macam satu semangat untuk Dhiya..
memang la, kata-kata orang yg kita sayang adalah satu semangat untuk kita..haa ayat an..
tapi apa yg Dhiya rasa..bukan hanya semangat tapi kasih sayang..
yg Dhiya nak highlight kt sini..mungkin nasihat yg mak and ayah kita bagi, kita macam nak dengar tak dengar jer an..
rasa macam malas jer nak dengar an masa diarang membebel an..
pakai baju uh elok2 sikit..
tudung mana??
nak pergi mana??
balik pukul bape??
asal balik lambat sgt??
don't do this..don't do that..
same advise..same sentence..sampai boleh hafal apa yg bakal didengar an..hehe
cuba korang fikir, kenapa diarang selalu bagi nasihat yg sama..
sebab diarang tak nak anak-anak diarang buat kesilapan yg sama atau buat kesilapan pada masa akan datang..sebab diarang sayang anak-anak diarang..
ayah and ibu..nak anak-anak mereka berjaya..
mama and papa..tak nak anak-anak mereka tersalah pilih jalan..
umi and walid..tak nak anak-anak mereka dimurkai..
daddy and mummy..tak nak anak-anak mereka hidup susah..
anak-anak mereka adalah satu amanah yg diberi oleh Allah s.w.t..
ayah yg akan dipersoalkan nanti..kenapa anak-anak mereka jadi macam uh..
tolong ayah kita..ringan kan beban mereka ketika mereka di sana nanti..
masa korang melawan cakap diarang, korang twu tak apa yg diarang rasa..??
diarang rasa sedih..
anak yg diarang besarkan dari kecik sampai ke besar..buat diarang macam uh..
diarang rasa bersalah, sebab tak jaga anak-anak mereka betul2..
nak kew diarang rasa macam uh?pdhl kita yg tak reti2 nk dengar apa yg diarang cakap?
korang pernah tengok ibu, umi, mama korang mengalirkan air mata, lepas korang melawan cakap diarang?
pernah??
korang twu tak diarang penat, balik kerja nak masak, kemas rumah, layan suami, lepas uh nak layan kerenah anak2 lagi..
korang twu tak.. masa korang sakit ibu tak tidur sebab jaga korang?
ibu tak ada selera nak makan sebab tengok korang tak bermaya?
korang demam sikit jer pun, ayah sanggup bangun pagi2 buta uh, hantar korang g clinic..
macam esok, korang nak KO an..
korang twu tak betapa susah nyer hati ayah n ibu masa korang balik lewat malam, tapi korang tak reti2 nak bagi twu diarang mana korang pergi?
kenapa nak buat diarang susah hati??
hmm
kasih sayang ibu dan ayah untuk kita sangat dalam..
and sebenarnya korang pun tak dapat twu sedalam mana kasih sayang mereka terhadap korang..
ada pepatah mengatakan..
seorang ibu sanggup berkorban untuk anak-anak..tapi tak ada seorang anak pun yg sanggup berkorban untuk seorang ibu.
why????
tepuk dada tanya iman.
ibu...sangat tabah dalam melayani kerenah anak2..
ayah..sangat kuat untuk jaga makan minum anak-anak..
mereka sanggup berskg mata supaya anak-anak cukup pakai, makan minum, hidup senang..
sanggup berhabis duit untuk hantar anak2 belajar..
dan sebenarnya banyak lagi pengorbanan yang ibu and ayah dah lakukan semata-mata untuk kita, anak-anak
mereka..and kta tak pernah tawu nak hargai mereka.
mereka sanggup berkorban apa sahaja, demi melihat anak-anak mereka tersenyum..
hargailah mereka sementara masih sempat..
jagalah hati mereka sementara masa masih ada..
jadilah anak-anak yang baik untuk mereka..
percayalah
tak ada apa yg ibu dan ayah minta selain melihat kebahagiaan anak2..
........................................................

peringatan untuk ank2 diluar sana n untuk diri saya sendiri..


Friday, September 30, 2011

=)

hari uh kan3..saya nanges..pastu senyum2..
nanges sebab ingat niat baik saya disalah tafsir..
senyum uh an satu sedekah..
hehe
haaa...rasa lega sangat..
lepas cakap dengan dia..
and tak twu nape..rasa lega n ada rasa happy lepas uh..
mungkin sebab dengar sendiri apa yg sebenarnya..
TERIMA KASIH..
saya twu awak baik sebenarnya..
and saya mula suka dengan awak
one fine day..
kita kawan.. 
tak mustahil best friend..sebab awak kata kita ada banyak persamaan an..
komawo.. ^_^

........................................................

my mum said..
berkawan la dengan seramai yg mungkin..
tapi..
love..just for one.. ^_^

Saturday, September 24, 2011

TIGA KATA...

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan
 
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu) Wo ai ni
I love you