Cuti dua hari ni, Dhiya sambut puasa dengan family angkat..hehe. Ye la, dah rindu gler kat rumah, so Dhiya pun decide nak ikut akak sayang, merangkap room mate Dhiya since sem 1 lagi balik kampung. On the way balik kampung, kitarang singgah bazar ramadhan dekat Padang Sera, Perlis. Memang best gler dari bazar kat istana kesayangan ramai uh an. Tapi masa uh tiqa tak sihat, kitarang pergi sekejap jer la an. Beli air carrot susu yang terlebih carrot, kurang susu uh an and roti John untuk adik-adik.. ^_^. First day berbuka, kami berbuka dengan air oren and carrot susu..tu jer..hehe. Tak de la, mak masak ikan keli masak sambal, daging masak kicap dan ada la kuih-muih yang turut dihidang. Seronok sangat, tengok gelagat adik-adik masa uh an, zuppp! tiba-tiba teringat kat family..sedih..huhu.
Hari ke-2 puasa kat sana, kami bersahur dengan lauk buka puasa hari jumaat uh la an. Tengah hari, kitarang layan cerita hindustan..hehe. Petang uh dalam pukul 4.30 petang Dhiya ngan tiqa pergi bazar ramadhan dekat Padang Sera lagi, hari uh satu bazar uh kitarang pusing, hebat an kitarang..haha =P. Hari uh, mak masak sayur keladi, ikan terubok bakar, and special untuk i, mak goreng ikan keli untuk Dhiya..hehe. Pastu adalah adik Malik bawa bubur lambuk. Paling best, masa uh tiqa boleh silap jalan. sampai masuk kampung orang..hehe. Ye la, dah lama tak lalu kawasan uh an. Dekat bazar, Dhiya macam biasa la,beli roti John untuk diarang tapi hari uh Dhiya beli kurma untuk diarang sekali, Tiqa yang dari hari pertama balik, beli tembikai..hehe. Pastu adalah plus-plus makanan lain. Tapi yang lain sikit berbuka kat sana, azan jer diarang terus baca doa buka puasa. Kalau dekat rumah, kitarang tunggu sampai "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah", then baru lah, kitarang baca doa buka puasa. Teringin juga nak sembahyang terawikh dekat sana, tapi hajat tak kesampaian, adalah sebab-sebab nyer an. Malam uh, first kitarang layan cerita Karak, second night, adik-adik nak tengok KL gengster, and 321 cinta. Tapi dua-dua malam uh Dhiya tak layan sampai habis, penat la..huhu.
Sahur untuk hari last dekat sana, kami sahur dengan lauk yang tak twu apa nama masakan uh an, ye la pagi-pagi bangun tak ada mood nak tanya apa-apa an, layan jer la an, janji perut diisi dengan ala kadar an..hehe. Pagi uh, nyaris-nyaris terlepas subuh, nasib baik sempat lagi untuk solat subuh. Lepas solat, terus siap-siap nak balik istana kesayangan ramai ni an. Pukul 9 lebih selamat sampai kamsis. Pengalaman yang indah la bagi Dhiya an, walaupun habis tangan merah-merah digigit oleh makhluk kecil penghisap darah uh an, yang paling hebat Dhiya yang kena teruk kowt. Memang teruk la an kulit ni dikerjakan makhluk kecil uh, dalam bulan puasa ni, Dhiya halalkan jer la, nyamuk-nyamuk uh merasa kemanisan darah i kan, sebab dah tak boleh nak buat apa an. Siyes, seronok sangat dapat berbuka dengan mak, tiqa, adik leha, adik malik, and adik comel..hehe. Terima kasih semua... ^_^
No comments:
Post a Comment