Saturday, August 20, 2011

active to pasif

Ok..hari ni rasa-rasa macam nak cerita pasal diri Dhiya yg baru..ceh...hehe. Masa zaman sekolah menengah dulu, Dhiya memang banyak cakap la an, tapi tak la sebanyak member-member Dhiya yang lain, kiranya Dhiya ni baik sikit la an..ye kew? tet! Betul la Dhiya tak la banyak cakap, sampai pernah satu hari ni member Dhiya cakap "saidatul kenapa hari ni diam jer?" and paling best "diam la saidatul!"..haa kan..haha. Time tak bercakap suruh diam, time memang rajin mulut ni pot pet pot pet suruh diam lak, macam uh la kita manusia tak pernah rasa puas hati..hehe. Tetapi, haa ayt an..tapi bila Dhiya sampai di IPTA tempat Dhiya belajar sekarang di Arau, Perlis, Dhiya jadi sangat pendiam and sangat pasif. Kadang-kadang uh rasa rimas pun ada. Masa mula-mula masuk dulu Dhiya just be macam mana Dhiya kat sekolah dulu, macam uh la Dhiya kat sini tapi tak masuk lak dengan budak-budak kat sini. Kelas Dhiya majoriti adalah student yang berasal dari utara. Pernah la satu hari, and ada hari-hari yang lain gak Dhiya cakap-cakap and try buat lawak tapi an, cuba teka apa respond diarang?hehe. diarang buat muka blur, diarang tak faham dengan joke yang Dhiya buat..hahaha. Kalau kat sekolah kitarang gelak sama-sama, sampai menangis an..kat sini jadi lain lak..bila fikir balik lawak kowt, buat lawak pastu gelak sorang2..syok sendiri..haha. So Dhiya buat research sikit, tak semua bahasa yang budak KL use, budak-budak kat Perlis ni follow or faham. Diarang tak use certain words yang kami guna. Such as, 'sengal'..pernah member Dhiya cakap "hampa ni suka cakap sengal..sengal uh apa?"..haa nampak tak kesukaran di situ, bila Dhiya kena jadi cikgu nak kena terangkan apa definisi sengal..hehehe. And to many words yang diarang tak layan, and bagi diarang ada certain words uh agak kasar, jadi bila dah kat sini, Dhiya jadi seorang yang sangat berhati-hati bila bercakap an bila dah jadi macam uh Dhiya pun kurang menyumbangkan suara yang agak sedap ni..adik ct an..tet! haha =P. Sampaikan member Dhiya cakap "saidatul memang pendiam ea?" hahaha. pastu Dhiya pun ye kan jer la. hehe. Siyes, bila Dhiya kat sini Dhiya jadi sangat pasif. Ada gak, kadang-kadang apa yang diarang cakap Dhiya tak faham, sampai diarang kena ulang banyak kali an, and sometime Dhiya buat-buat faham apa yang diarang cakap, disebabkan tak twu nak balas apa, Dhiya just senyum and diam..haha. Selain uh, dari apa yang Dhiya perhatikan cara diarang berfikir agak lain, tak semua tapi kebanyakan. Pendapat Dhiya ye, diarang tak berfikiran terbuka, macam mana ea nak terangkan, erm.. macam bab masa depan, cara diarang menilai seseorang uh, cara diarang meluahkan perasaan yg tak best pun agak lain ye..hehe. Itu hanya pendapat Dhiya..Dhiya tak kata yg diri ini bagus sangat, kadang-kadang Dhiya pun sama jer an, ada gak budak-budak kat sana berfikir macam uh an. Just apa yg nak di highlight kat sini, cara Dhiya berfikir dengan mereka sangat berbeza. Ada bagi Dhiya baik untuk Dhiya renungkan, ada gak yg bg Dhiya agk nonsense untuk direnungkan. Tapi tak pe la, tak semua cara kita sama dengan yang lain. Sebab uh kat sini, ada yg cakap Dhiya ganas, ada yg ckp Dhiya ni diam jer..huhu. Sebab tak semua kat sini yg boleh accept cara Dhiya bergaul, bergurau, berfikir..dn macam2 ber la an. Tapi, sikit-sikit Dhiya boleh terima suasana ditempat baru or orang kata "tempat orang". Dhiya boleh la dah sesuaikan diri an. Bila Dhiya kat sini, Dhiya suka sangat make a call, bila kat rumah rasa malas sangat nak call, nak replay message..sebab kat sini, Dhiya rasa macam Dhiya tak bebas dengan cara Dhiya. Kalau kat tempat sendiri Dhiya bebas an nak gelak-gelak, borak-borak dengan cara kami sendiri. Kalau diarang ikut Dhiya balik or member-member Dhiya datang sini mesti diarang nampak diri Dhiya yg lain, tapi itu lah diri Dhiya yg sebenar benarnya an..huhu. and kalau member2 sana dtg sini, mesti diarang cakap yg Dhiya ni baik sangat..tapi untuk maklumat semua orang saya memang budak baik ye..hehehe. Erm macam uh la, keadaan kat sini telah merubah diri ku ini..kan,,,,. Tapi tak kisah la, macam mana pun diarang dah ubah Dhiya, tapi yg penting Dhiya suka berkawan dengan diarang, ikhlas untuk berkawan, walaupun Dhiya dengan diarang tidak ada pertalian, tapi diarang sangat caring. Diarang sangat ambil berat pasal Dhiya, and member2 yg lain an.  Gler2 diarang pun agak lain an..hehe. Tak pe la, kita belajar untuk terima cara orang an. yg paling penting Dhiya rasa seronok untuk berkawan and dhiya harap persahabatan kitarang akan kekal, kalau boleh sampai bila-bila. Beruntungnya belajar di tempat orang kita boleh belajar banyak benda baru, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang kaji budaya tempat orang. Paling best kita dapat kawan from different negeri. Macam-macam ragam kita boleh nampak an, seterusnya mengajar kita erti kehidupan yg sebenar.

akhir kata
cuba la berusaha untuk menerima sesuatu yang baru,
tak rugi kalau kita mencuba daripada gagal tanpa mencuba untuk menerima.
peace yawl! ^_^

No comments:

Post a Comment