Monday, November 26, 2012

kau dan aku


aku tak nak hubungan ini membuat kau leka daripada mengingati Allah..
begitu juga aku..aku tak nak hubungan ini membuat aku leka..
bila kau boleh bangun Tahajjud pada 1/3 malam..kau boleh terlepas dari bangun menghadap Tuhan disebabkan melayan aku sampai tengah malam..aku tak nak jadi penyebab kau lalai daripada mengingati Allah.. 

bila kau perlu kan aku untuk berkongsi cerita masalah, aku tak ada untuk kau. aku minta maaf sebab aku tak ada disisi kau untuk suka dan duka. aku pun teringin untuk berkongsi cerita. Tapi kita kan ada Allah untuk meluahkan segala kegusaran, Dia yang paling mengetahui apa yang terbuku di hati mu wahai khalifah Allah.

maafkan aku sebab jarang berhubung dengan kau..kadang-kadang aku suka kalau kau tak menghantar pesanan ringkas pada aku sebab aku suka bila ada rasa rindu untuk kau. tapi aku tak pernah luah pada kau yang aku rindu, sebab aku tak nak beri harapan. bila aku rindu, aku berdoa pada Tuhan yang menciptakan aku dan kau supaya sampaikan rasa rindu aku pada kau. aku berdoa kalau kau yang terbaik untuk aku..aku akan terima kau seadanya.

kau dan aku bukan mahram..aku tak halal untuk kau lagi. dan aku belum pasti menjadi milik kau lagi.. tumpahkan lah kasih sayang kau tu pada Dia yang lebih layak. Kerana kasih manusia hanya sementara, kasih Allah kekal selamanya.. kalau kita berkasih sayang kerana Allah..InsyaAllah. Allah kan Maha Pengasih.

aku mahukan perhubungan yang halal disisi Allah..bukan yang boleh membuatkan Allah murka pada aku. aku bukan seorang yang baik..tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik di pandangan Allah dan Rasul aku.

Friday, October 19, 2012

hidup

bila kita belum dapat sesuatu yang kita mahukan, kita akan bersungguh-sungguh nak dapat kan sesuatu tu..

tapi..

bila kita dah mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu tu, kita abaikan kesungguhan itu..

kita ada peluang untuk dapatkan apa yang kita nak, tapi untuk mendapatkan sesuatu itu ada ujian di selitkan untuk kita..

dengan mudah perkataan putus asa itu terbit di hati..

tapi..

sebelum peluang itu muncul, kenapa kesungguhan untuk memperolehi sesuatu itu sentiasa ada?

kenapa bila sudah ada peluang depan mata kita tak nak pulak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu itu?

terkilan hati yang sudah ingin memberi peluang itu..

tak apa lah kita hanya manusia biasa..tidak sempurna..

untuk mendapatkan sesuatu itu susah..bila sudah ada peluang untuk mendapatkanya jangan mudah untuk melepaskanya..

kerana..

bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu itu kembali..

bukan mudah...

semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya... Amin..

Sunday, September 30, 2012

cita-cita untuk menjadi lebih baik


Niat untuk jadi lebih baik itu ada..
tapi..kenapa tidak sampai ke situ lagi?
kita sedar dunia ini hanya sementara, bila-bila sahaja pasti dijemput untuk menghadap Ilahi..
tapi..kenapa tiada perubahan?
Rasa malu itu ada datang bila tidak menutup aurat sepenuhnya..
tapi..kenapa masih tidak menutup aurat dengan baik?

Ye ada niat dan teringin untuk menjadi seperti ini..
 
cantik dan terpelihara..tapi kenapa tiada mampu untuk jadi begini?
kenapa ada perasaan macam itu?
tidak mampu???
kita tahu apa yang baik apa yang tidak.. tapi masih melakukan perkara yang sama.
kenapa?

sebab itu kita mahukan pasangan yang mampu bimbing kita ke arah kebaikan..
supaya kita dekat dengan pencipta kita..
Semua wanita inginkan perkara yang sama..
tapi kita juga perlu perbaiki diri kita supaya kita layak untuk dia yang baik dari segi akhlaknya..
Kalau kita baik, kita akan dapat yang baik..kalau kita jahat kita akan dapat yang jahat..
itu sudah di tentukan..

Sampai bila kita harus begini??
sampai bila..
kadang-kadang datang kesedaran itu, tapi hanya sementara..
apa yang harus kita lakukan?
berusaha lah..tolonglah berusaha untuk jadi yang lebih baik..


Jangan biarkan niat itu terkubur begitu sahaja..
Janganlah memandang kami yang begini dengan pandangan yang mengatakan kami ini jahat dan tidak boleh berubah..datanglah mendekati kami, supaya kami mampu jadi umat Islam yang sempurna.
Dengan izin Allah semuanya tiada yang mustahil.
Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.


Akhir kata...





Saturday, September 29, 2012

kenangan bersama seksyen Hasil.. :')


Assalamualaikum..  ^_^.. ye agak lama tak mengupdate blog ni, sibuk ler kata kan..hehe. Bukan apa sebab tak ada benda nak di taip kan, so tak ada la entry baru..huhu. Tapi hari ini saya nak cerita tentang hari-hari saya bersama seksyen hasil yg sgt saya kasihi.. =).. First day start latihan industri saya rasa ok, walaupun hari pertama sudah banyak kereje..hehe. Dhiya tak ambil masa yang agak lama untuk sesuaikan diri sebab akak2 kat situ semua nyer baik-baik belaka.. Kak Dila, Kak Ina, Kak Wan, Kak Firda, Abg Wan and VIP seksyen hasil Encik Ahmad Pesol bos Dhiya..hehe. Seronok sangat praktikal di bawah En. Mad banyak yang Dhiya dapat banyak sangat ilmu yang diturunkan. Bila ada kutipan hasil diarang mesti ajak Dhiya, walaupun Dhiya sekadar menyibuk jer kat situ tak la tolong apa pun. Tapi diarang still ajak Dhiya..hehe. Siyes dari program kutipan hasil uh Dhiya banyak belajar..paling best akak2 sangat pemurah dengan ilmu, Dhiya tanya apa jer diarang mesti jawab sampai Dhiya faham. Banyak sgt yang Dhiya dapat daripada mereka. Last day Dhiya with them,..huhu.hmm. Pagi uh diarang ada sediakan makanan, mula-mula Dhiya ingat ada mesyuarat tapi start jer jamuan uh, Kak Ina cakap sebenarnya ini untuk raikan Sai sebab dia dah banyak tolong. Dhiya rasa tak la seberapa pertolongan yang Dhiya bagi daripada Ilmu yang mereka beri kat Dhiya. Siyes Dhiya rasa terharu sgt, rasa sgt di hargai. Dhiya rasa sedih sangat nak tinggalkan seksyen Hasil sebab diarang baik sangat dengan saya. Tak pe la saya di situ untuk belajar, bila saya dipindahkan bnyak tempat lagi banyak ilmu yg sy dapat.. InsyaAllah. Allah beri kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Masa Dhiya nak pindahkan barang-barang Dhiya, masa uh senanyer tengah tahan nangis..haha. siyes weyh rasa sedih sgt nk pindah mungkin sebab dah 3 bulan Dhiya bersama hasil, dah biasa duduk situ..huhu. Allahuakhbar..Dhiya harap semuanya berjalan lancar sampai Dhiya habis praktikal nanti..Amin.. Allah sentiasa ada dengan kita.. 






 TERIMA KASIH SEKSYEN HASIL..KENANGAN BERSAMA AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.

Akhir kata
Buat baik la dengan orang, orang pun akan baik juga dengan kita..
buat kerja dengan hati yang Ikhlas, balasan yang baik pasti kita dapat.. InsyaAllah.
Wasalam.. ^_^