Monday, November 26, 2012

kau dan aku


aku tak nak hubungan ini membuat kau leka daripada mengingati Allah..
begitu juga aku..aku tak nak hubungan ini membuat aku leka..
bila kau boleh bangun Tahajjud pada 1/3 malam..kau boleh terlepas dari bangun menghadap Tuhan disebabkan melayan aku sampai tengah malam..aku tak nak jadi penyebab kau lalai daripada mengingati Allah.. 

bila kau perlu kan aku untuk berkongsi cerita masalah, aku tak ada untuk kau. aku minta maaf sebab aku tak ada disisi kau untuk suka dan duka. aku pun teringin untuk berkongsi cerita. Tapi kita kan ada Allah untuk meluahkan segala kegusaran, Dia yang paling mengetahui apa yang terbuku di hati mu wahai khalifah Allah.

maafkan aku sebab jarang berhubung dengan kau..kadang-kadang aku suka kalau kau tak menghantar pesanan ringkas pada aku sebab aku suka bila ada rasa rindu untuk kau. tapi aku tak pernah luah pada kau yang aku rindu, sebab aku tak nak beri harapan. bila aku rindu, aku berdoa pada Tuhan yang menciptakan aku dan kau supaya sampaikan rasa rindu aku pada kau. aku berdoa kalau kau yang terbaik untuk aku..aku akan terima kau seadanya.

kau dan aku bukan mahram..aku tak halal untuk kau lagi. dan aku belum pasti menjadi milik kau lagi.. tumpahkan lah kasih sayang kau tu pada Dia yang lebih layak. Kerana kasih manusia hanya sementara, kasih Allah kekal selamanya.. kalau kita berkasih sayang kerana Allah..InsyaAllah. Allah kan Maha Pengasih.

aku mahukan perhubungan yang halal disisi Allah..bukan yang boleh membuatkan Allah murka pada aku. aku bukan seorang yang baik..tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik di pandangan Allah dan Rasul aku.

No comments:

Post a Comment