Friday, October 30, 2015

our first PROGRAME.

Assalamualaikum semua. Hyeee.. lama glerrzz tak updated blog ni. Sapu-sapu sikit..hehe. Bersih dah!

Hari ni rasa macam nak menaip sesuatu, so hari ni saya nak kongsi cerita tentang pengalaman saya menjadi pengarah program buat pertama kalinya. Waktu pertama kalinya saya terima tawaran ni, saya rasa berat juga nak terima, lama juga la fikir sebab saya bukan jenis yang suka buat kerja berat-berat ni, kalau hanya AJK boleh la..hehe. Tapi disebabkan ini program pertama kelab kami iaitu Bpac, UPM dan saya sebagai vice president saya rasa bertanggungjawab untuk terima projek ni sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan kelab kami. Untuk permulaan saya dan kawan saya perlu menyiapakan paperwork untuk dapat kelulusan Fakulti. Selepas pelbagai cabaran di tempuhi dua minggu sebelum program start baru dpt kelulusan. Jadi kami ad masa Seminggu tiga hari untuk assign AJK and buat kerja yang patut la untuk menjayakan program ni. Sebelum terlupa program ni diberi nama Seminar keusahawan teknik menjana pendapatan cara genY. Tajuk dia interesting kan? Alhamdulillah jumlah peserta melebihi target kami. Penceramah untuk program ni ialah En. Hasbul Aqill, CEO majalah niaga. Sangat2 menarik program yang dikendalikan oleh pihak Bpac dengan kerjasama ASL development ini. Ramai yang bagi feedback yang baik.Alhamdulillah. Tapi sayang saya sebagai pengarah program tak dapat dengar talk En. Hasbul dengan tenang sebab kena gerak sana sini. Penat gak la.. rasa kalau boleh tidur time tu tidur smpai tak sedarkan diri. Sebelum hari kejadian kami difahamkan wakil dari PKNS akan datang dan saya dan orang kuat saya perlu menjemput wakil dari UPM untuk turut serta tapi sayangnya Doctor-doctor kami busy jadi tak dapat nak stay lama.Alhamdulillah pihak dari ASL juga bagi kerjasama yang sangat baik. InsyaAllah kalau ada rezeki kami akan bekerjasama lagi. Alhamdulillah program bergerak dengan baik dan tamat dengan baik juga. Alhamdulillah. =).

Tamat dah....
lama tak menaip rasa kekok lak..haha. Tapi ini satu pengalaman baru untuk saya, dapat belajar benda baru, kenal pihak dari luar, bekerjasama dengan syarikat luar. Alhamdulillah Allah pilih saya untuk dapat pengalaman ini. Pihak dari ASL banyak kali cakap saya orang kuat, saya agak terkilan kerana saya tak berkesempatan untuk cakap pada mereka, saya kuat kerana ada yang menyokong saya dari belakang, bukan belakang je depan kiri kanan. Saya sebut la skit nama mereka Haikal dan Sarah terima kasih tolong saya dari awal sampai akhir. Juga kepada AJK yang terlibat kerana melaksanakan tugas dengan baik. Terima Kasih banyak-banyak. Akhir Kata korang memang perform la! hehe.
Salam sayang Dhiya




Akhir kata

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Jangan berhenti belajar.
belajarlah sebanyak ilmu yang mungkin untuk memberi manfaat kepada orang lain.
InsyaAllah..betulkan niat Allah permudahkan segalanya.
^_^

No comments:

Post a Comment