Tuesday, May 28, 2013

Hamba ALLAH!

Allahuakhbar!!
Sesungguhnya diri ini milik Mu ya Allah
Segala nikmat yang kau beri tidak pernah ku menyukuri
Ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku..ampunkan aku..
Aku hamba Mu yang hina dan kerdil
Ya Allah masih kau ingin mendengar rintihan hamba Mu ini
walaupun telah banyak dosa yang aku buat..
Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Masih ingin kau memberi nikmat kepada hamba yang kerdil ini
masih ingin kau memberi kesedaran kepada hamba yang berdosa ini
tunduk ku malu di hadapan Mu kerana dosa-dosa ku
masih kau dengar rintihan ku..
masih kau dengar rintihan ku Ya Allah.
Allah...Allah...Allah
Kau Tuhan yang Satu
yang sentiasa ada bersama-sama hamba Mu
tidak pernah kau jauhi daripada hamba-hamba Mu
hanya hamba Mu yang tidak kenal erti syukur menjauhi Mu..
betapa rugi nya mereka.
Betapa beruntungnya mereka yang sentiasa berusaha mengejar cinta Mu.
kerana cinta Mu sentiasa ada dan kekal abadi.
Aku hamba Allah
Allahuakhbar.

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) ? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."

ayat 62 (Surah An-Naml)

No comments:

Post a Comment