Friday, August 17, 2012

untuk yang tersayang

Assalamualaikum..pada awak..awak ..awak..yang sudi kunjung dhiya's blog.. ^_^.. lagi berapa hari dari hari dhiya post entry ni nk raya. Sedih la sebab ramadhan dah nak habis, rasa macam sekejap sgt ibadat pun tak seberapa..ntah dapat lagi ke tak ramadham tahun depan..hmm...

Disaat Ramadhan kian pergi..
aku masih mengusung diri..
melihat sekeliling..
MENCARI ERTI HIDUP SEBAGAI HAMBA ILAHI..
adakah akan kutemu ia kembali?
sungguh aku merindui..
Andainya ini ramadhan terakhir ku
pasti aku berasa kecewa..
kerana aku hamba yang berdosa.
  
dhiya ambil petikan diatas dari facebook...
waaa ayt..dh macam nak wat paper exam lak an..hehe. ok tujuan sebenar nak post entry ni adalah untuk menjadi serius sekejap..hehe..untuk yang tersayang..siyes sy syg mereka..
..................................................................................................................

Assalamualaikum Ayah, ibu, kakak, kakyang, serah, Aiman.....
sempena nak sambut hari kemenangan ni..kakdik nak minta maaf di atas segala perbuatan, tutur kasar kakdik. insyaallah kakdik cuba jadi yang terbaik selepas ini..andai kata..andai kata..andai kata, tidak ada selepas ini untuk kakdik, kakdik harap semua salah silap kakdik di maafkan dan dilupakan..ingat yang baik-baik jer pasal kakdik taw. Jangan lupa tolong kakdik supaya tenang kat sana. Antara ramai-ramai tu kakdik yang paling malas sikit, rajin banyak..hehe. Kita kat dunia ni sekejap jer, jadi lah hamba Allah yang beriman. Kita semua takut dengan neraka kan dan dambakan syurga Allah. Jangan ikutkan hati nnti merana. kurangkan sikap panas baran uh. Kita ada kita jer, bila kita susah mungkin tak ada siapa akan tolong kita, kita yang akan tolong antara satu sama lain. Jadi jangan gaduh-gaduh, kalau nak gaduh pun jangan lama-lama, jangan sampai tak tegur sapa, buat bodoh jer, macam tak ada yg wujud jer manusia kat situ, kalau boleh jaga hati antara satu sama lain, kalau dgn org lain kita boleh jaga hati diarang tak kan kita tak boleh an. Jadi adik beradik yang paling hbt! jaga ibu ngan ayah..jaga diarang macam mana diarang jaga kita masa kita kecik-kecik dulu, segala kemahuan kita dipenuhi, sampai kemahuan mereka sendiri terabai..sekarang kita kita penuhi kemahuan mereka, biar kemahuan kita terabai tak apa. Cuba berusaha untuk jadi muslimah yang sejati, kakdik pun still tercari-cari, Insyaallah dengan izin Allah, manisnya iman itu akan kita nikmati sampai ke pengakhiran hayat kita. Ibu..Ayah..terima kasih atas segala nya..sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakdik..doakan yang terbaik sampai hujung nyawa kakdik..doakan kakdik jadi anak yg solehah, hamba Allah yang baik..dua perkara tu paling kakdik inginkan didunia ni, sebagai bekalan kat sana nanti. Maafkan kakdik ibu ayah..banyak dosa kakdik kat ibu and ayah, terima kasih kerana sekolah kan kakdik sampai kakdik menjadi yang terpelajar..ampunkan kakdik ye ibu ayah..halalkan segala makan dan minum kakdik..terima kasih kerana berusaha beri yang terbaik untuk membesarkan kakdik..ampunkan kakdik ibu..ampunkan kakdik.Ampunkan ku Ya Allah..jadikan lah aku diantara hamba mu yang beriman..izinkan ku untuk mendekati Mu..ibadah ku. hidup ku, mati ku hanya untuk Mu Ya Allah..mati kan ku dalam sujud Mu.

No comments:

Post a Comment