ASSALAMUALAIKUM
Untuk entry ini, saya hanya nak minta maaf kepada siapa yang pernah saya sakit kan..maafkan saya..
kata-kata saya, kelakuan saya, apa sahaja yang pernah saya buat..maafkan saya..
saya tidak sempurna, saya hanya manusia biasa yang setiap hari ada sahaja salah yang akan saya lakukan.
tidak terniat langsung di hati untuk menyakiti.
saya meminta maaf daripada semua yang mengenali diri ini..
saya harap dengan hati yang ikhlas awak semua sudi memberi maaf kepada saya.
dan di sini juga ingin saya berterima kasih pada siapa yang sudi berkunjung ke dhiya's blog.
serius, saya sendiri tak menjangkakan kunjungan yang sebegeni kerana dhiya's blog tak de la best sangat..hehe.
cerita Dhiya jer pun yang banyak tapi di dhiya's blog juga ada maklumat-maklumat yang saya rasa perlu di beritahu dan di kongsi dengan saudara-saudara saya.
kepada siapa yng pernah terguris dengan penulisan saya di dhiya's blog, saya minta maaf..
sangat..sangat..sangat..minta maaf, seperti yang saya katakan tadi saya tidak sempurna.
sekali lagi..saya harap dengan hati yang ikhlas awak semua sudi memberi maaf kepada saya.
hidup kita di dunia ni hanya sementara, jika ditakdirkan esok atau sebentar lagi kita akan menghadapkan
Tuhan kita, saya harap dengan maaf yang diberi dengan ikhlas memudahkan proses itu nanti.
Dengan maaf itu juga akan memudahkan segala urusan yang kita perlu selesaikan.
Sedangkan kekasih Allah iaitu Nabi Muhammnad pun mudah memaafkan, apatah lagi kita hanya manusia biasa.
maafkan saya emm..
No comments:
Post a Comment