Munāfiq atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab: منافق, plural munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya. Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman. Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3) Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
Sombong dalam Berbicara Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya. Ingkar Janji sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim) Malas Beribadah Firman Allah SWT: "...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..." (An-Nisa': 142) Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya. Riya' Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT. Suka menyebarkan Khabar Dusta Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat. ............................................................ Assalamualaikum... ^_^ tiba-tiba Dhiya teringin nak twu apa maksud sebenar munafiq.. seperti yang korunk baca kat atas uh, secara ringkas munafiq uh pura-pura Islam tapi dalam hati dia menolak Islam.. Betulkan Dhiya kalau fahaman ringkas Dhiya ni salah. Semua yg di atas Dhiya copy and paste jer, sebab keterbatasan ilmu yg Dhiya miliki tak dapat la Dhiya nak elaborate dengan sendiri and tak banyak yg Dhiya boleh kongsi. Dhiya pun tengah belajar lagi untuk mendalami apa itu munafiq. Dhiya pernah dengar gak kita boleh jadi munafiq tanpa kita sedar. Dhiya nak twu, contoh dalam FB an, kita post semua tentang cintanya kita terhadap Allah, tapi kita sendiri tak pernah nak amalkan apa yg kita post kan uh..adakah itu juga dikira munafiq? atau ia satu benda yg baik sebab kita menyebarkan benda yang baik? hmmm... sebenarnya bila renung balik banyak yg benda Dhiya tak twu.. bnyak lagi benda yang Dhiya kena belajar.. lagi satu semua yg Dhiya buat ni, just post dalam entry tapi kalau Dhiya tak ambil sebagai panduan dalam hidup adakah ini juga dikira munafiq? sesiapa yg terbaca entry ini, Dhiya harap persoalan Dhiya terjawab. Terima kasih.. |
Sunday, September 11, 2011
munafiq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment