Sunday, April 1, 2012

CERITA DI SEBALIK "APRIL FOOL"

ASSALAMUALAIKUM..
Setiap tahun pasti ada jer yg menyambut hari April Fool yg jatuh pada tanggal 1 April. Dhiya yakin ramai diantara kita twu yg menyambut April fool nie haram..tapi ada juga yg mungkin tak twu hukum mnymbut perayaan ini haram..Di sini Dhiya ingin berkongsi cerita disebalik April fool..sama-sama kita renungkan..



Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Hukum meraikannya

Di sini terdapat sebuah hadis yang bermaksud:

 “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah di dalam kalangan mereka”

jadi jelas disini hukum meraikan april Fool adalah haram disisi islam kerana menyerupai orang kristian. renung2kan..



Thursday, March 29, 2012

i'm not ok...


gelak-gelak, senyum-senyum, muka cool jer..tapi kat dalam xde sape twu ap yg kita rasa..
org kata senyuman uh menyembunyikan kedukaan, betul kew?
betul kut, bila kita sedih, cuba senyum mesti hlg sakit uh, walaupun sakit uh hlg skjp jer..tapi itu pun dah memadai..
ada tak bila kita sedih, tapi kita kata kita ok jer, tapi ada seorang hamba Allah dtg kat kita, peluk kita, pastu dia cakap "saya twu awak tak ok". kalau la ada.................
kalau dah xde siapa di dunia ni, ingat lah Allah sentiasa ada dengan kita, 
bukankah Allah itu maha mengetahui..Dia twu apa yg kita rasa, macam mana kita menanggung sakit kita.
Allah itu maha mengasihi, maha adil..
tiada ujian yg di turunkan untuk kita, melebihi dari kemampuan diri kita..
menangis di dunia lebih baik, daripada menangis di akhirat kelak.. 
kuatkan semangat hamba Mu ini Ya Allah, hanya kepada mu aku serah segalanya..

muka baru blog!!!


assalamualaikum.. ^_^

blog sudah bertukar!!!!!!!!!

hebat..hebat..hebat..hehe

hari nie nak cite td an, kte merajuk ngan makcik jual air kat depan uh..
sume kawan2 gelak kan sy..sedeyh.. :(
sbnrnyer sy pown xtwu ap motif sy nak merajuk ngan makcik uh..haha
makcik uh, xtwu la dia buat2 xdengar kew ap an..
sy nak beli air, sy ckp bnyk kali kt makcik uh, tp makcik uh xbg pown air kt sy, dia bg kat org lain, dah la sy tngah pns + kehausan..pastu sy simpan duit sy balik, xjd nak beli..
pastu kwn2 sy ckp, ngan org tuer pun nak merajuk, malu kat orang..haha
sy pun terasa diri ini agak senget, sbb uh pun nak merajuk..huhu
mungkin di sebabkan cuaca di Perlis ini terlampau pns, tu yg agak emosional ckit kowt..hehe
makcik..sy dh xmrjuk dh, sy dh ok! hehe


* hormatilah org yg lebih tua dari kita..arasso!

Sunday, March 4, 2012

muka baru..yeah! + cite ap2

Assalamualaikum.. ^_^.. hye, hari ni satu hari suntuk touch up blog nie, pening twu tak! hehe.. finally cam nie la muka baru dhiya's blog.. ok x? boleh la kan..hehe.



Running man! fenomena running man! siyes variety show from korea nie siyes buat dhiya hlg stress..haha. Best gler show nie. Senak perut sebab asyik ketawa jer..haha. I love Jong Ki ahh..hehe, handsome + bijak pakwe ni..dia la yg plg hensem dlm show nie, tapi dalam latest episode dia xde dah..sedih.. :'(.. forever love Jong Ki..haha.


nie la Song Jong Ki, handsome an...Jong Ki ahh saranghae!!! gler dah ngan mamat nie..haha

semalam.. borak2 dengan member Dhiya sorunk nie, tiba2 tercita lak pasal member sorunk ag nie..
lame dah xcontact member sorunk nie..rindu la nak borak2 ngan hang tuer! siyes rindu nak borak2 ngan dia, tapi bila di ingat balik peristiwa malam uh, xpyh la kacau dah, jgn buat benda yg org xsuka e2 prinsip saya..
lama xcontact dia, buat Dhiya rasa something dulu Dhiya rasa Dhiya suka dia, tapi sebenarnya Dhiya rasa Dhiya tak suka dia... tapi Dhiya just suka kawan dengan dia, tu jer..mungkin dulu Dhiya confius kowt an, tu sume cite lepas, xperlu di ingat balik cuma nak luah apa yg nak di luah jer..heee.

Dia.. erm Dhiya tak twu nak cakap cam ner, so Dhiya luah apa yang Dhiya rasa ni kat blog nie dengan cara Dhiya sendiri..
kau kata sayang..tapi betul kew kau sayang??
pernah terfikir, kau saje kata kau sayang tapi sebenarnya kau nak balas dendam?ye kew??
tapi xbaik bersangka buruk dekat orang..sorry..
xtwu ap yg aq rasa sebenarnya,..
nak tolak, tapi aq rasa sayang sangat..
nak terima tapi aq rasa aq xboleh nak terima kau..
kau kata kau sanggup tunggu..cara kau tunggu aq uh buat aq rasa serba salah taw tak!hmm...
kau baik sangat..siyes kau baik sangat..tapi jangan la baik sangat dengan aq..aq xbpe nak suka la, org yg baik sangat nie..
aq cuba nak balas balik sayang uh....tapi kadang2 aq rasa menyampah la ngan kau..
nape kau kata kau suka??? tak boleh kew kawan jer..jangan la macam nie..
aq pernah suka kat kau dulu, tapi kau tak perasaan, kalau kau nak twu kau pernah kecewa kan aq taw tak!
bila aq dah buang sayang aq kat kau, bwu kau nak datang..kenapa???!!!
kalau kau nak twu ble aq dah start bagi sayang aq kat org uh, aq sayang betul2..tapi bila aq amek balek sayang aq uh, susah aq nak bagi balek..
ingat senang kew nak dapat sayang aq..susah taw x!
aq cuba pelan2 nak bagi balek sayang uh, tapi satu jer...aq harap sangat kau tak berharap sangat kat aq..
kau kata satu hari nanti kau nak dengar sangat yang aq cakap yang aq sayang kau..
kalau di izin kan Allah...kalau kau terus berusaha..Insyaallah..
aq bukan jenis yg memilih, aq cuma mahu someone yang boleh ubah cara hidup aq, didik aq dan bawa aq dekat dengan-Nya..
someone yang boleh jadi imam solat untuk aq..
"cinta manusia hanya sementara..tapi cinta Allah kekal selamanya..."


ibu kerap call.. dalam minggu nie ratu hati  ku kerap menelefon ku, ibu rindu kakdik ye..hehe..kakdik pun rindu ibu sangat..sangat..sangat..sangat..Insyaallah kakdik buat yg terbaik kat sini, xde apa yang kakdik minta.. kakdik just nak tengok ibu n ayah bahagia n rasa bangga ngan kakdik..ibu doakan kakdik ye, selebihnya kakdik usaha, dan bertawakal kepada Allah..saranghae ibu.. ^_^ 

akhir kata..
hidup di dunia ni hanya sementara...nikmat yang kita ada sekarang ni hanya pinjaman, boleh di tarik bila2 masa jer..merendah diri la, hidup la dalam kesederhanaan dan paling penting bersyukur la selalu.. ^_^